Thursday, August 7, 2014

Kelahiran Rahil Imani. Our First Daughter ;) 20072014

setiap anak lahir dengan rezeki yang telah ditentukan. itu aku percaya sepenuh hati. buktinya dengan kelahiran Rahil.

sepanjang mengandungkan Rahil, pelbagai dugaan silih berganti. bleeding at 5th week kerana Imaan Rais terduduk atas perut ibu yang leka. doktor kata kita tak boleh buat apa apa. kalau ada rezeki... adalah. i cried and prayed. minggu ke 20 ibu mula rasa kuat, ibu carry abang Imaan for more than 2 hours to Doraemon expo. memang selesa tak sakit langsung. ibu rinduuuuuu sgt nak bonding semula dengan abang imaan sebab with u rahil, ibu tak lalu makan n lemah for 5 months lol. esoknya bleeding dan doktor kata placenta previa and gave me 2 weeks of bedrest. i cried and prayed. the on off bleeding stop when i was about 31 weeks. threatened miscarriage katanya. starting from week 32 pula whenever ibu kerja kuat or stressed ibu will see fresh blood but the term now changed to threatened preterm labour. doktor kata nak letak ibu di hospital for bedrest tapi ibu tak sanggup berpisah dengan ayah dan abang imaan so ibu teruskan kerja, mc bila ada bleeding and ibu agak popular di office lol kerana banyak sgt mc. infamous ;) tapi ibu redha kerana ibu yakin Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Adil. so i took 2 weeks of early maternity leave. ibu mahu fokus pada kita sekeluarga. tepat 38 minggu.

36 minggu doktor sahkan awak a sunny side up baby! an OP baby. awak dah engaged and wont budge no matter what ibu did. ibu baca dan baca dan baca untuk tahu dan faham segalanya. sekali lagi ibu redha Rahil :) ibu doakan segalanya berjalan lancar dan kita berempat dapat bersatu sebagai keluarga.

waiting for u to make the grand entree was a new experience for me. with abang imaan  i was sort of induced by sweep and stretch and that was done without my consent tapi takpala, benda dah berlalu dan dijadikan pengajaran ;) with u ibu cuba relaks dan enjoying the time bonding with abang imaan and ayah. preparing for your arrival. makan sushi salmon aburi sebanyakkkkkk mungkin. induced you naturally.

on 19th july morning, finally.... the show. the mucous plug! yay. im gonna see u soon sayang :) ibu happy sgt tp surges was irregular and barely there so ibu ayah teruskan plan bawak abang imaan main jump jump. ibu berjalan jalan, tapau salmon aburi lagi, jumpa liza to pick up stork wrap conversion and balik rumah tidoooooo. it was a nice outing ;)

bila malam menjelang surges makin terasa so ibu download apps to count the contractions. 20 mins apart and bearable. so ibu bounce bounce on the gymball. tapi ibu perasan the timing in between surges makin singkat dan intensity of pain makin kuat. eh betulke nak bersalin ni? ibu senyap layan surges, sementara ayah layan abang imaan yang terlebih happy dan hanya tido at 12 am. aiyoooooooh haha

at 1 am ibu dah mula tak senang duduk. ayah ajak ke hospital, ibu kata esok pagilah kita pergi, nak rehat tido di rumah dulu. ibu moaned and tertonggek tonggek with each surges. ayah mula tak senang duduk. mula tanya yang bukan bukan. "pam dah simpan dalam beg spital?", "betul ke kita tak payah bawak susu apa apa just in case?" semuanya ibu balas dengan jelingan. hahahaha kesian ayah.... ayah tak pedulikan ibu, ayah packed barang masuk dalam kereta. finally ibu mengalah dengan curiosity "jomlah kita pi hospital". itu pukul 1.30 pagi 20 julai. baru beberapa kilometer keluar, ibu perasan ibu tertinggal purse, patahhhh balik. the car ride memang tak selesa. every bump no matter how slow sgt mendugaaaa.

sampai hospital at 2.30 tak tahu parking mana. parking di basement. tengok tengok lift tangga semua tutup. waaaaaaaaa. so we walked jauhhhhh untuk ke emergency. dugaan.... sampai sampai kena daftar and all. depa nak suruh ibu naik wheelchair. oh nononono bebeh. duduk lagi sakit. so i walked and sempat joked. sebab tulah ibu tak percaya i was going to meet u in an hour or so! sampai di labour ward tengok jam pukul 3.30 am.

bila di situ ibu was literally shaking with the surges. abang imaan masih tido dalam carrier baru. cewahhhh kena mention ni. tapi the midwife deliver the bad news, yes she can check but kena jugak tahan wad sampai gynea sampai walau its a braxton hicks and we would still have to pay for labour room sebab ini dikira caj 1 malam. ibu yang tgh sakit rasa tertipu sebab takde sesiapa cakap pasal cost and kena tahan lama lama. so ibu kata takpelah ibu nak tunggu luar sampai pagi. itu cakap org yang tgh disoriented je. we were actually berbincang di depan wad, belum keluar pun. tapi dalam hening pagi kami can clearly hear the midwife, nurses and an attendant were talking benda yang tak manis pasal kami :( something about being cikgu and tak boleh orang lain nak tegur. cikyoi terus menuju laju ke kaunter and soal balik apa yang depa kata,mak hencik tgh in between surges and boleh join sekali sebab kecewa sangat rasa. we heard every single thing kot.

so the midwife come to get us back and gave an alternative, she will check and if its a false alarm, she will call my gynea and i can go. okla, cakap la awai awai. cikyoi pun pujuk. so tukarlah ibu pakai gown spital. midwife did the VE and guess what... 8 cm dilated yooo. patutla menggigil waktu surges, nak masuk transitional period pun.

since imaan kecik, ayah yang tengah carry imaan tak boleh masuk labour room. policy hospital :( takpelah... imaan lagi perlukan ayah. ibu dan rahil can do this ;) by this time dah hampir pukul 5 am. midwife and nurses mintak izin nak sahur n solat and if anything just call them. ibu pun ambil kesempatan keluar jumpa ayah dan imaan yang tengah segar bugar. ibu tahu ibu akan bersalin seorang tapi clueless ayah tak tahu hehe. ibu salam ayah, salam n sayang imaan and minta ayah bawak imaan tido dalam kereta. ayah setuju thinking kesiankan imaan and doktor belum datang lagi so no need to panic. lol.

bila azan subuh berkumandang. ibu mula rasa pushing sensation. tailbone ibu rasa nak pecah dan yeppp ibu tgh mengiring, bersolat subuh dalam melayan surges. selesai solat ibu tertido in between surges sebab ibu terlalu penat dan perlu tenaga. pukul 6, sensasi itu makin kuat dan ibu panggil midwife untuk check dan ibu dengar dia kata kepala baby dah keluar dan tanya samada ibu nak tahan tunggu doktor? tak boleh tahan nurse, tak apalah, tak mahu tunggu doktor. the pain on the tailbone was very bad if not excrutiating, later ibu learnt that disc of my backbone slipped kerana proses kelahiran. hehe rezeki kita Rahil :) ibu tak sempat mencangkung kerana terlalu sakit di tulang belakang, in supine lithotomy ibu lahirkan awak jam 6.47 am :) this time i can feel all of you moving out from me. all the nooks and crooks. tp ibu tak rasa bila air ketuban pecah. you were so clean dan keluar dalam keadaan menangis bersungguh sungguh tak makan pujuk. lol anak perempuan ibu! waited for your umbilical cord to stop pulsating before they cut the cord and they pulled the placenta out so gently. awak terus yakyak the meconium bila ibu ambil awak. hadiah untuk ibu ya?

ibu berterima kasih kerana selepas salah faham antara kami, midwife n nurses membuat segalanya dengan baik dan lembut dan menghormati birthplan ibu. moga Allah merahmati mereka :)

ibu telefon ayah. ayah terkejut! cepat cepat ayah bawa imaan untuk jumpa ibu dan dedeknya. ayah nampak sangat happy Rahil, cuma ibu nampak ayah bergenang air mata bila kata " kesian ibu sorang sorang..." its ok ayah... ibu dengan adik Rahil :) lagipun abang imaan perlukan ayah lebih dari ibu. abang imaan pula cannot stop "shayyang adik rahil" up until now. bertahanla rimas ya Rahil. hihihi.

5 minutes later doktor sampai, sambung jahit the first degree of tear and tadaaaa baru tahu kenapa sakit n selalu bleeding dulu. darah beku. penyebabnya tak tahu pula. doktor seluk dan keluarkan. ouchhh. and jahit dengan bius. bersalin takde bius mak rela, berjahit takde bius mak chicken. haha.

hampir sejam ibu ayah dan abang imaan ulit awak rahil dalam keadaan penuh vernix. you were so busy complaining you forgot to latch lol. then they took u for measurements. a 2.95kg with a 50cm of length. kenit tapi sama panjang macam abang imaan! slowly they prep us to the ward and wheeled us up to 6th floor. four bedded kerana ramai yg opted for csect telah occupy the single and double bedded room. takpela, rezeki ya Rahil ;)

dan bermulalah kisah kita Rahil Imani... bersama ayah dan abang Imaan Rais. walau tidak sempurna dan tidak seperti yang ibu rancangkan tetapi ibu puas kerana ibu sedar dan faham setiap apa yang berlaku di sekeliling ibu. kuasa ilmu Rahil, itu permulaan awak, ilmu. semoga ilmu juga yang akan menemanimu berbekalkan keimanan kepada Allah sepanjang hayatmu anak perempuan ibu :)

06082014

Monday, December 17, 2012

Entering 6 months: Of solid food :)

masih.... masih disini. assalam ya all! ohmai berkarat gila otak.

i have been busy. masuk kerja, prep students for spm, invigilate theeennnnnnnn anak beranak tak sihat for A MONTH. phewww. gilalah. siap pas baton bergilir, gilir. ada yang serentak. kenangan betul. sekarang takleh tgk nose aspirator imaan, mesti syahdu teringat kenangan jaga anak sakit, betapa risaunya nak tido, dok pasang telinga dgr pernafasan dia.

and for that, i lost 3.5kg, another 0.5kg to prepregnancy weight. hoyyeah :D hihi. no need for pills, dearest pb or meal replacement. kata kunci here is tiredness. heee tak complaint sebab syukur sangat sangat imaan dah sihat and kami laki bini is on the road to recovery. batuk kong kong lite lite gitteeeww. banyak dah belajar :)

1. on paeds: sila pilih yang pakar dan kamu percaya sbb kami dah jumpa beberapa pakar tp bila kami doubt abisla kan. so patah balik pada pada Prof CT Lim yg tgk Imaan dr kecik. and pls tahu how to get him in time of emergency. demam panas tgh malam buta ke. etc.

and sebulan ni berat imaan statik... eh naik 200 grams to 7.5kg tapi turun ke 7.3kg baru baru ni. takpelah, still in normal range annnnddddd he started solids!!!!!! omg omg omg anak mak dah besarrrrrrrrr!

:) he started solids dah. anak yang kukandung 38 minggu 4 hari. haihhh cepatnya masa berlalu ;)

well, dia start lambat sbb tak sihat kan, first meal adalah bubur beras perang+ebm. tercayor. dia buat macam susu aje. next aku bagi2 rasa apple, pear puree from Heinz. he hated it! kekeke. jumpa avocado, beli sebijik, buat puree... pekat sgt kot, tak mianat sgt. and after 2 weeks of main2 bagi dia rasa itu ini, barulah saat sebenar tiba. jeng jeng jeng. avent steamer blender yang ditempah from camy babyland sudah sampeiii! so ayuh carik kat internet on what to start for him. pear? Anjou lagi nyah. paling manis katanya. bagi kat taska 1.5 oz untuk pagi. tak cukuuup. taska terpaksa bagi nestum beras campur karihome. 2 scoop habis T_______T ok ini cabaran bagi omak ehhhh. omak masak sedap ok anak. maka omak telah mempuree: lobak merah, sawi, apple manis and belajar buat bubur bayi takde gigi guna slow cooker. renyah nak nangis rasa. huhuhu mujur thn depan taska imaan akan provide bubur baby. siap nak beli avent steamer blender lagi.aaaaaaaahhhhh best :p

so kesimpulan sekarang:
1. imaan sgt suka puree lobak dan puree apple
2. imaan kena ada bubur nasi in a day
3. imaan suka bubur nasi+lobak+sawi, licinnnn 3oz. which i dont know banyak ke sikit. tapi dia macam nak lagi je.
4. sehari 2 kali makan. tapi kdg2 malam amukan maka bagi sesudu dua puree apple.

perancangan:
1. nak buat banana+avocado tapi susahnya nak jumpa pisang emas.
2. nak beli bekas tupperware banyak lagi so can keep his frozen purees cube. hehe menyelam minum air namanya. kita perlu membuat muka panik sambil berkata "beeee acaner ni???? sian imaan makanan dia tak tau nak letak mana" padahal anak rileeekkk je terkinja tgk hippa hippa hey.
3. and this one book that i hauled from big bad wolf book sales SGT membantu, banyak gile resepi. belum berkesempatan beli Annabel Karmel. intai web dia aje dulu :)



and i looooovvvveeeeeeeee pemanggang ajaib tu. dok eksaited buat menu anak, menu cikyoi tak 
terabai ;p 


and and and..... imaan dah mengesot ke depan dengan laju. sobs apakah perasaan ini? happy tapi sedih? apakah?

ok ini entry malas dari ipad. tak reti haih upload gamba from here. jumpa lagi nanti. sooooon! :D

Monday, September 17, 2012

Maternal Separation Anxiety T______T

“Maternal separation anxiety is an unpleasant emotional state of worry, guilt, and sadness experienced by mothers during a short-term separation from their infant” says Hui-Chin Hsu, Ph.D., in a report “Antecedents and consequences of separation anxiety in first-time mothers: infant, mother, and social-contextual characteristics” for the Department of Child and Family Development at the University of Georgia.The report states that while feeling anxious about separation from your child may be normal—and even healthy—for parents of young children, excessive separation anxiety may be maladaptive and detrimental to parents’ mental health, which in turn may wield negative impacts on their parenting behaviors and the child’s development. The study also found that mothers express higher levels of separation anxiety when their infants suffer from colic or other health-related vulnerabilities.

well, too elaborate. no?

pelbagai janji guwe taburkan untuk menghupdate blog kan? sungguhla janji manismu kan kan kan? tsk. the truth is....tak ada masa. i cant leave him for 1 second. he can only sleeps kalau terkena badan ibu. so can you imagine camna chaoticnya? melekat 24/7 :p even solat pun kena bawa dia sekali dalam SSC kalau raungan dia kuat. on top of his tiny lungs youuuuuu! anuar zain sungguh anak haku #tddmka

esok akan bermula semula jadual gila seorang cikgu yang rumahnya 40km daripada sekolah. i have to drop him off to taska at 6.20 am paling lewat. adui, sedihnya hati. boleh ke teacher Imaan sabar dengan ragam Imaan? since he is a bit on "semangat" side, can they tahan holding him since dia memang suka didukung/explore tempat? sakitnya jadi working mommy ni ya? kalaulah mampu mahu aja jadi WAHM.

lets recap apa yang berlaku dalam 3 bulan ini ya :)
 
Berpantang for me sungguh..... sungguh mencabar. aku sangka... ye ye makan tertentu. bengkung, stokin, etc etc. ada yang kata layanan macam queen.. semuanya akan disediakan oleh family members. well bukan itu yang aku lalui. my MIL masak sgt sedap, washed the clothes, prepared the herbal bath and all and i am so thankful for that :) maybe i would feel more relaxed if my breastfeeding journey lancar sahaja. breastfeeding, hmm the emotional and physical pain was unbearable and still is. terkeluar jugak pada lactation counsellor (LC) bahawa aku sanggup menempuh satu lagi kelahiran. ye.. THAT painful.

sepanjang mengandung tak pernah sekali pun ada leaking on breasts. so i thot takpala kot until ada yang berkata maybe i have to work harder than anyone else bab menyusu ni. that got me thinking and aku mula sediakan plan kecemasan. heeee. apa pelan kecemasan guwe? 

IBU SUSUAN.

my best friend, alhamdulillah has been blessed with abundant susu badan. selepas sahaja melahirkan, Imaan nangis lapar, i tried to latch him tapi tak boleh. aku dah risau. tanya nurse kalau dia terus menangis nurses akan buat apa? depa akan bagi formula milk. OMG! aku baca terlalu banyak from internet. not one second aku terfikir tentang FM. ada yang gelarkan FM as poison. well itu tersemat dalam kepala aku. so i call her, she came dengan baby 6 bulan at 12 am! kami terharu sangat sangat, budi baik ko takkan dapat aku balas mek. and the nurse gave Imaan the milk using spoon or cup. and nurse kata Imaan habiskan 1OZ!!!! T____T now, maybe that is the start of this bf drama. dia dah biasa dapat banyak from day one sedangkan ibu belum produce any susu just yet. no demand/suction dari baby camne nak signal otak?

latching problem. satu, kerana apparently dulu i had flat nipples. silalah menggoogle ye darling. and that i know after i delivered. opkos tak kisahla nipple ko camne yang pasti baby kena latch on areola not nipple. but a bit of nipple would help greatly. i tried all my might to get him to latch. sure he will try to latch and will cry on top of his lungs after that and he was inconsolable. he was quite challenging :) hehe he will only stop crying when he sleeps. so now, imagine the stress :)

setiap hari aku cuba bagi dia nurse, nangis, bagi susu mama dia, ibu dia menangis sambil pam susu. berulang ulang setiap hari. mula mula angin je keluar but on fifth day..... colostrum!!!!! yay!!!! dan masa birthday aku, aku sgt sgt down. i just want to bf my son and dalam keadaan huru hara bawa Imaan ke hospital kerana kuning aku berjaya bf Imaan :D itu hadiah paling bermakna bagi aku. alhamdulillah. perasaannnya tak tergambar.

aku faham konsep supply and demand. aku tahu if i give him alternative usaha akan jadi susah to fully bf. countless trip to LC and satu hari kak Haza, a LC from Lunatots datang rumah waktu malam and dia refer aku ke LC di PPUM kerana mungkin Imaan tounge-tied/lidah pendek so latching sungguh susah almost impossible. LC PPUM kak yati and kakroy refer kes Imaan ke doktor Koe, pakar kanak kanak. dipendekkan cerita. Yes Imaan was a toungue tie baby, Yes Imaan dah menjalani frenulectomy and Yes feeding improved after that except kena pujuk dia to suckle on my breasts sebab sudah ada nipple confusion. apa yang baby perlu at that time ialah kenyang dan cukup tido.......and i believe that if i bond earlier with my baby he would be calmer. so take note dear self, next time bila anak nangis for any reason even if takdak reason, you HAVE to sooth him yourself. this bonding is VERY CRUCIAL for baby and mommy. mak anak kena kenal satu sama lain secepat mungkin you know.

itu belum masuk bab nipple. uiiiii sakitnya. lebih lebih lagi dengan latch on yang tak betul. sakit menangis every feeding and dreading for the next session sehingga Imaan 2 bulan baru reda. bengkak susu, melecet, nipple shield, nipple confusion, countless people looking while you nurse, the stare when you only have 1 oz of milk after long pumping session. soalan seperti "cukup ke susu?", "eh sikitnya?", "susu badan ke? full???" semuanya menambahkan stress dan menurunkan self esteem.

i cried almost every minutes of my pantang days.

bila Imaan menangis dan i tried to nurse (every hours) and susu mama dah tak ada dalam stok, and everyone was adamant Imaan lapar..... maka cikyoi ke kedai pada 11 malam beli FM. malam tu everytime Imaan nangis aku pura pura tido and nangis bawah bantal. the emotional pain was unbearable and aku demam that nite kerana bengkak susu (latching prob belum settle) and nipple hurt like hell. that was among the lowest point of my life.

giving up bf? takde satu hari pun berlalu dalam pantang yang aku tak fikir pasal ni. penyusuan Imaan continued dengan susu mama and susu ibu. sehinggalah nak masuk Ramadhan aku berhentikan susu mama... sebab aku pun menyusukan anak. i know rasa haus and penat menyimpan stok. kesian mama dia :) so aku googled. aku cuba cari susu kambing for infant. dah jumpa resepi nak buat susu segar kambing untuk infant tapi nak dapat bekalan agak susah so aku cari FM susu kambing and i found it! Karihome! review kata ok. so aku gamble. kalau ini dah tertulis buat aku dan anakku, aku redha. at this time Imaan minum 2oz every 2 hours dan kalau aku pam i only produced 2 oz in 3 hours. malam sebelum bermulanya penyusuan ibu + susu kambing, i cried and cried the whole night. sampai pagi tersedu sedu dalam tidur. aku rasa gagal sebagai seorang emak. aku nak menyusu badan untuk anak, mahukan yang terbaik but with Imaan and my condition, at that time i was impossible. cikyoi pujuk kata susu ni rezeki dari Allah. kita buat apa yang terbaik buat masa ini untuk Imaan, asalkan jangan berhenti berusaha mengepam dan df.

sekarang Imaan hampir 3 bulan. he prefers ME, his Ibu. we bonded finally. dia kenal ibu akhirnya :) perasaan bila dia mengamuk takmau susu kambing dalam botol and demand nak nene ibu was beyond words. we went through a lot. aku, cikyoi and Imaan. people can only imagine the pain i went through. post ini bukanlah rungutan, cuma peringatan kepada diri sendiri bahawa REZEKI ITU MILIK ALLAH. jangan putus asa and be realistic. balik kepada niat.

kadang kala kata kata dari memang menyakitkan. kamu tak melalui apa yang telah kami lalui. apa yang dicoretkan hanya sebahagian kecil apa yang telah dilalui. alhamdulillah rezekimu melimpah dan marilah kita saling ingat mengingati pemilik rezeki, kun faya kun sayang. jika ini sudah dicaturkan untuk kami, aku redha :)

inilah perjalanan breastfeeding aku sepanjang 3 bulan. pahit manis mendekatkan kami sebagai satu keluarga. IF aku dapat peluang kedua, 3 perkara akan aku pesan kepada diri sendiri;
1. use SNS jika ada ibu susuan
2. BOND with your baby a.s.a.p, you have to!
3. redha bahawa Allah pemilik rezeki dan jangan berhenti berusaha.

ok darlings, lepas beban dari bahu dengan post ini. malas nak bersorok kebenarannya sebab tak mahu dipandang sebelah mata "tak breastfeed exclusive?" hehehe. nak pi tidoq dengan Imaan dah. esok rindulah ibu dengan Imaan. lindungi anakku Ya Rahman Ya Rahim. moga lembut hati teacher dan bersabar dalam melayan Imaan. Amin :)

 and to the new phase of my life.... bismillahirrahmannirrahim!
 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette