Tuesday, December 21, 2010

sesi memujuk suami.

update gamba masak yang laku ;p


husband agak down, mungkin kerana kerja. atau mungkin lelaki hanya perlu sedikit masa to be on their own (?). ahkan tetapi, boringla guwe kalu dia monyok dan senyap dan muncung, eh itu aku ;p

makanya saya nak memasak hari ini!!! tsk,nampak sgt jarang masak... hehe


menunya!

1. sup ayam "kasihmu daku dambakan"

isinya: kasih sayang, cinta, keseksian jitu, ayam, kentang, carrot. benda biasa for clear soup. humban sayur di sini. quite a complete meal.

2. asam pedas ikan kembong "kembalikan cintamu"

nampak si ikan pari tapiii dah beberapa hari lepas dok asek pari. kembong jelah. akan tetapi asam pedas ini spesel kerana dibuat dengan tangan isteri yang menyayangi suami *ok, aku kena mention, remember sesi memujuk suami?????* sebenarnya aku yang teringin makan ini, lamanya tak makan di Peranakan Place*.


bahan2 ikut mana ada kat dapur aje. tehehe. nak resepi? takyahla sbb aku tak pandai sgt pun, nanti cikyoi balik insyaAllah aku hapload gambar. pakcik tu sokmo pelupe bawak balik wayar nak transfer gambar dr iphone dia, nyampess ;p





*asam pedas a tad oily tapi aku letak epal hijau sbb ada sebijik dalam peti ais dan takdop belimbing buluh (nyums) maka hantammm. seb baik cikyoi suke :D sup abis licin, semualah abis licin. legaaa*


On a different note,

I am thinking of getting serious in the business. i am going to meet 'Salha Zain' esok di Damansara :D in business, any business we need trust and proof. contohnya jual tudung (sbb aku pernah jual before)



TRUST: bila kawan2 office kenal kita dia lebih mudah percaya, aku pun kena percaya bila client kata dia nak bayar in installment sebab tak mampu tapi mahu, dan aku kena jaga kerahsiaan ini.
PROOF: diorang belek2 memang nampak tak cantik, bila ada yang pakai atau sendiri cuba baru nampak cantiknya di mana, lagipun kami pilih yang terbaik, dah cuba dan kami kawal kualiti ( inilah reason aku berhenti meniaga tudung, quality menurun, aku tak sanggup pakai :)


kepuasannya bila nampak orang lain cantik dan some extra money, dapat RM100 sebulan.bolehla gi makan-makan belanja husband.awwwwww so sweet. haha!

puas meniaga nie. immeasurable :)


arwah mak dulu pun selalu meniaga kecik2 nie. jual karipap pusing yang sedap. bukan dia buat tapi dia marketkan. mkcik yang buat tu pun dah meninggal. mak selalu kata dia kumpul sikit-sikit hasil dia meniaga dan she dreams of everything that she wanted to buy. tapi tak pernah sekali aku nampak dia beli apa-apa. i guessed dia buat tampung belanja anak2 dia. melankolik juga bila teringat. i have money now, ada rumah ada kereta, sometimes all i wish for, is to bring my late parents to our humble home. to buy her handbags and all the things that she had wanted but never had the chance to buy.


eh melalut pula :)

esok nak ke IKEA* maybe. nak jumpa kak salha tapi aku takda baju!!!!!! but i will never buy baju baru not until aku kecikkan badan. kuatkan semangat~ huuuuu.

ada sape2 nak ikot? bolehla kita interrogate dia.to hate/love something fairly, you have to get to know it first. so contact me if you want to drop by and hear together2. dapatlah temankan haku mencari tudung untuk dinner soubetsukai nanti ;p

nak shawl macam ombak tu, or bolehla singgah najjah* afterwards.

ok! bye darlings!

p/s: all pictures googled.

2 comments:

mysara said...

kalau xde kelas mmg aku join ko... aku pon nak soping..sambil tu bleh dgr2

Anna Banana said...

mana tahu nanti boleh ada branch di 'oversea'. hihi

tulah mai.... member banyak balik kampung nuuuu. sure ada kelas mai??? i kinda appreciate second opinion on tudung ;p *devil*

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette