Tuesday, January 25, 2011

Projek Kasih

Hari ini genap 3 tahun ayah pergi menemui Illahi.

rindu dan airmata aku tolak jauh2 dalam diri. aku tak mampu menghadapinya serentak, 3 tahun belum memudarkan rindu. satu persatu. satu persatu, sehingga suatu hari nanti bila teringat Ayah, aku cuma akan tersenyum. tanpa menangis di dalam hati.


bila diingatkan Ayah dan Emak aku selalu teringat akan kemewahan material yang tidak sempat aku berikan. kadang2 bila lalu depan kedai emas "kalaumak ada orang belikan mak gelang..." kalau lalu depan kedai lampu "ayah mesti suka sebab dulu ayah ada beli chandelier kecik..."

maka ini yang aku hasratkan, agar bila diingatkan akan Ayah dan Emak aku mampu tersenyum suatu hari nanti -Projek Kasih.

Seperti namanya, Projek Kasih merupakan satu projek yang berteraskan kasih dan sayang. sudah lama dihasratkan. tetapi wang dan masa menjadi penghalang. Bila halangan kewangan makin ringan, mungkin sudah tiba masanya hasrat ini diteruskan, buat sekarang, masa masih menjadi penghalangnya. InsyaAllah, pelan-pelan kayuh...



Project Kasih dibuat untuk memaklumkan orang ramai akan:

1. insan yang memerlukan bantuan kewangan/bantuan tenaga/sokongan

aku akan letakkan kisah dan nombor akaun supaya kita sama-sama dapat berbakti, agar rezeki yang diberikan Allah bermanfaat dan dapat dinikmati semua.informasi, tarikh akan sesuatu event akan aku update agar kita dapat bersedekah masa dan tenaga.

aku juga mengalu-alukan information akan majlis/orang perseorangan yang memerlukan bantuan kewangan dan tenaga. email anda amat-amat dialukan.

2. aku akan letakkan post dan update page "projek kasih" untuk future reference.



Buat permulaan:

Siapa pihak yang memerlukan itu?


Nama: Adik Zawawi



Nama Ibu: Pn Rosnaini bt Aris
Usia: 3 tahun lebih
Masalah: Mengalami masalah kesihatan kronik iaitu Kanser Darah. Telah menjalani Kimoterapi Tahap 5.

Untuk pengetahuan kalian, keadaan kesihatan adik Zawawi semakin membimbangkan. Menurut doktor, sel darah putihnya telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ.
Untuk pengetahuan kalian juga, adik Zawawi telah menjalani rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yang terakhir) pada November 2010.
Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan Kimoterapi buat adik Zawawi, dan sekiranya terjadi lagi 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) adik Zawawi hanya boleh bergantung pada ubat Kimo yang menelan belanja RM1500/ubat.
Kos Perubatan/Rawatan: RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dengan jenis darah adik Zawawi iaitu darah jenis 'O'.

Bagaimana untuk menghulurkan bantuan?

Andai kalian ingin hulurkan bantuan tak kisah secara kecil-kecilan atau besar-besaran, minta jasa baik kalian untuk hubungi:

Fateen Najlaa (017-3503382) / Mohd Rezal (016-8957576) -sekitar MMU/Melaka
Mohd Azraei (012-3443951) - Sekitar Taman Keramat

Ataupun terus hubungi Jawatankuasa Induk yang menggerakkan usaha derma kilat buat adik Zawawi ini:
Fatimazuraida (0192320108 - defida012@yahoo.com.my) atau;
Etty Nurulhuda (0192197316 - uda06@yahoo.com).

Perlu ke untuk hulurkan bantuan?

Dengan nama Allah, tiada paksaan dalam usaha ini. Andai terbuka pintu hati kalian untuk membantu, Alhamdulillah. Kami yang mengusahakan tidak mendapat apa-apa keuntungan tapi percayalah, walau 1 sen bantuan yang dihulurkan, amat besar maknanya pada keluarga adik Zawawi. Lebih besar lagi syafaat yang Allah kurniakan buat kita yang membantu orang dalam kesusahan.

Ikhlas bicara saya, saya ingin lihat adik Zawawi untuk terus sihat walaupun saya tidak kenal adik Zawawi secara personal. Kita perlu sentiasa beringat dengan ujian Allah dalam aturan kitaran hidup ini. Hari ini mungkin hari kita membantu, hari esok mungkin hari kita dibantu. Sesungguh apa yang baik akan dibalas baik. Kalau setiap daripada kita dapat menghulurkan RM1, kalau ada 100 orang membantu dah dapat RM100. Kalau 1000 orang, dah RM1000. Itu kalau seorang hanya menderma sebanyak RM1. Kalau ada yang menderma lebih, alhamdulillah. Lagi besar bantuan yang dapat kita hulur kepada adik Zawawi.

Kita harus beringat, esok lusa kita berumah tangga, kita bakal punyai cahaya mata yang menjadi penyejuk hati kita. Bayangkan kalau kita berada di tempat Pn Rosnaini dan suami, alangkah hancurnya hati. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk turut membantu. Hulurkan tangan ringankan beban. Biarpun kita tidak mengenal Adik Zawawi, tapi menjadi tuntutan kita untuk membantu saudara seIslam, untuk membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan.

Minta jasa baik semua untuk terus berikan kami sokongan dalam menjayakan usaha murni ini, insyaAllah. Dan semoga Allah rahmati jasa baik kalian dunia dan akhirat. Wallahualam.

Akaun utk Sumbangan :
Akaun atas nama : ETTY NURULHUDA BT MOHD JOHAR @ MOHAMAD
Maybank Account : 164258370838
Nama Akaun : Definal bin Syofyan
Akaun CIMB : 12260088442528


source: Adik Zawawi


Bila memberi terasa makin senang hati :) tak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Terima kasih kerana menyokong Projek Kasih, terima kasih di atas sumbangan, doa dan ingatan kalian. Allah sahaja yang mampu membalasnya :)



No comments:

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette