Thursday, February 3, 2011

Suami, Isteri dan Kecantikan.




Pertama sekali, aku ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga dan mengumumkan bahawa Promosi CNY for Premium Beautiful sudah DITUTUP dengan jayanya! aku happy, clients pun happy! :D


hari ini tergerak nak bercerita mengenai suami, isteri dan kecantikan. satu tajuk yang seringkali disalah erti :)


Sejak memulakan perniagaan ni aku makin nampak dan faham akan keperluan dan kehendak wanita walaupun seorang isteri untuk menjadi cantik. bagaimana perempuan sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk cantik. Kalau mampu, setiap bulan akan bertambah lipstik Dior, lipstik Chanel, bedak Bobby Brown, tudung Ariani, tudung Arzu... bila keadaan tidak mengizinkan tetapi hati wanita teringin untuk kelihatan cantik maka diletakkan bajet RM200 untuk berbelanja untuk diri sendiri. duit itulah untuk baju kerja baru atau baju jalan-jalan yang baru, eh perfume dah habis! tapi teringin juga tudung baru, hati berkira-kira kemampuan........ bila nampak baju yang pastinya akan kelihatan segak untuk si suami, hatinya meronta-ronta. "baju ini pasti kelihatan hebat pada suami! suami pun sudah tiada baju yang cantik" maka dibelinya, dibelanjanya wang khas itu kepada suami, tiada apa pun untuk diri sendiri tetapi puas :)

kadang-kadang ada suami yang mampu memberikan tambahan wang untuk belanja isteri, ada juga yang kurang mampu, tak mengapa, isteri memahami.... ada juga suami yang tidak dapat memahami akan minat isteri yang satu ini.. "kasut awak yang lama kan elok lagi, pakaila itu!". bila isteri dengar.... sedih hatinya.... memang, ada yang akan berkata, perkara kecil, cuba bawak bersyukur!!! senangnya kata diluahkan.. di tempat bekerja, di tempat tinggal terdapat ramai wanita lain yang sama seperti mereka. yang mahu menjaga kecantikan, yang menimbulkan keinginan wanita lain untuk turut menjaga kecantikan. Wanita mahu kelihatan cantik bukan untuk lelaki, tetapi untuk wanita yang lain. we are critical towards each other. that is just how women live.




picture credit to graphicshunt.com



Lelaki tak perlu memahami kerana kecantikan bukan sesuatu yang objektif. lelaki mungkin akan berkata.... "tak payahlah... awak dah cantik" bilamana isteri marasakan bentuk badannya sudah berubah. "ehhhh mahalnya baju ni!!" bilamana isteri dengan mata bercahaya menunjukkan baju yang diidamkan sekian lama. "iskhhhh awak tak boleh pakai baju ni, perut awak buncit" bilamana isteri yang risaukan bentuk tubuhnya menunjukkan baju yang mungkin boleh dipakai untuk menutupi kelemahan dirinya. ".................." tidak berkata apa-apa bila isteri telah berusaha mencantikkan dirinya.

Bila pujian semakin lama semakin mahal, atau sudah terlupa betapa tinggi nilai pujian dari seorang suami.


sedih kan? :)


bila perempuan dan isteri nampak sesuatu yang cantik! yang boleh mencantikkan dan menyihatkan contohnya Premium Beautiful. hatinya teruja!! inilah penyelesaian kepada masalah saya!!! inilah yang boleh mengembalikan pujian suami! perempuan dan isteri cuba melaburkan wang untuk menjadi sihat dan cantik. suami adalah orang pertama yang akan membangkang (bukan semua :P) "harga mahal!", "tak payahla, awak dah cantik!", "awak yakin ke bayar mahal-mahal, kalau tak jadi membazir duit!".... hancur lagi hati isteri. berderai lagi air mata si isteri. lelaki dan suami tak perlu memahami, cukuplah sokongan. si isteri bukan tidak pandai membuat kira-kira. setiap kali hatinya mahu, setiap kali itu dia mengira kemampuan sekeluarga. tidak pernah dia mahu sekuat ini. dia mahukan bentuk badannya dahulu! dia mahu suami memujinya lagi seperti dahulu! dia mahu berjalan dengan yakin di hadapan rakan wanita yang lain! dia mahu cantik dan sihat.

kadang-kadang tak terluah dengan kata-kata perkara sebegini. bila hati isteri terlalu dilukai, dia lupakan sahaja impiannya.tak mahu bergaduh katanya. luka akan sembuh lelaki, parutnya kekal ada. perempuan dan isteri akan senantiasa memandang dan tersenyum pahit bilamana melihat wanita lain yang disokong suaminya mendapat apa yang semua wanita idamkan, KECANTIKAN.




jom saya kongsi satu rahsia.... wanita mahu cantik untuk wanita lain. to look presentable. isteri pula mahu suaminya bangga bila berjalan bersamanya.



simple kan? :)

apa yang isteri perlukan dalam usahanya memakai Premium Beautiful? sokongan suami!



bagaimana?

1. sentiasa memuji isteri, cari yang positif seikhlasnya pada isteri.
2. mengingatkan dan mendorong isteri untuk terus tabah bila isteri tiba-tiba merasa 'down' dengan progress yang lambat berbanding orang lain.
3. senyum.


itu sahaja :)


Kalau perempuan atau wanita mahu membuat sesuatu untuk menambahkan pendapatan. be receptive, open in giving chances to her and evaluate after you listened.


mudah kan?


Kenapa pula perempuan suka duit?
because we love the freedom of choice.




kat bawah ni saya nak kongsikan satu gambar, menyentuh perasaan saya. sampai berair mata melihatnya.



Ini adalah nota yang ditinggalkan oleh Salha Zain, our group leader to her husband. nampak lauk yang telah dimasak di atas meja??? i can to totally relate to her. the feeling of guilty for kadang-kadang leaving the family during meal time. mengharapkan keredhaan suami. bekerja keras untuk keluarga.


I think any woman can relate to that.


Inilah perempuan dan isteri, dalam usahanya mencari kecantikan.
Dengan sokongan suami, dengan keredhaan suami.

InsyaAllah, confirm berjaya!

:)




p/s: Terima kasih suami :) kerana memahami dan menyokong impian ini.

No comments:

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette