Monday, January 2, 2012

Anak Sulung

untuk entry kali ini aku akan buat clarification sedikit ;) i am going to refer to baby in my womb now and adik-adik dia (insyaAllah) sebagai Imaan. nama pun satu doa kan? moga-moga Imaan diingatkan dengan keimanan kepada Allah seperti yang telah dijanjikan di alam roh. nama di dunia ini masih belum ada lagi kikiki awal sgt lagi, mungkin ada atau mungkin tidak ada 'Imaan' dalam namanya. kita ikut flow nanti ya. ihihi
Saiz Imaan minggu ini.
Size Imaan in few days time, no wonder la membulat ;p


kali ini aku nak kongsikan bagaimana kami tahu akan kehadiran Imaan.

aku sepatutnya period on 20th of Oktober 2011 tapi period lewat. no biggie sebab bulan sebelumnya pun lewat seminggu. october was extra stressful for me sebab nak dekat sgt dengan SPM dan hujung tahun for cikgu2 ialah bulan 10 and 11. so memang bapakkkkkkk stress!!!

so aku agak memang pasal stress la kan.

dari lewat seminggu membawa ke sepuluh hari, meaning menstrual cycle dah jadi 40 days. so aku mulalah takut. takut sebab google internet ada yang lewat dan sangka mengandung tengok2 fibroid or cyst. dahla arwah mak ada cyst dulu. nak pi hospital and nak suruh doktor prob missV memang takmoooo! so pergilah pada Pakngah (our trusted guardian), dia tanya.... "ada keluar darah tak berhenti?" "takde.." " haaa bukan cyst","ada p*** hang berbau?" "T___T takda""haaaa bukan fibroid...... buat apa hang nak risau?" ."hang tunggu lewat 2 minggu hang buat HPT"

eh? pregnant ke? takkanlah... tak buat apa-apa pun?

aku selalu jugak period haywire, sebabnya memang stress terutamanya bulan bebeudak exam haha. berpuluh kali check di doktor pun memang dua-dua lulus dengan cemerlang (hihihi)... tapi yang aku malas ngan doktor ialah dia akan suruh start dengan CLOMID which aku detest sebab dia stimulate ovary bila aku tanya my chances of acquiring ovarian cancer based on my family history, dia kata higher than orang biasa. so berkali2 cek, time amik ubat memang kami lesap. kikiki ;p so kami teruskan aje jumpa pakngah.

Pakngah ni ada magic potion ke?
NO

setiap kali jumpa pakngah kami jumpa sedikit demi sedikit diri sendiri. kami jumpa pakngah 4 tahun yang lalu tapi mula berdisiplin jumpa dan ubah sedikit demi sedikit cara pemakanan dan cara kami melihat dunia ini. pakngah bantu aku melepaskan masa silam. pakngah bantu aku melepaskan rasa bersalah. pakngah bantu aku memahami bahawa semuanya adalah milik Allah, siapalah kita untuk menangisi sesuatu yang bukan ditakdirkan milik kita. tapi dia tak pernah suruh kami berhenti berusaha. dia tunjukkan cara untuk kami mengubati hati kami dari dunia. pakngah berikan perspektif yang lain. aku tak tahu apa akan jadi kepada aku and cikyoi emotionally if kami tak dijodohkan dengan pakngah.

jika diberikan segala kemewahan yang ada dalam dunia, takkan kami tukarkan dengan pengalaman ini. mungkin inilah antara yang kami perlu pelajari untuk menjadi ibu dan bapa kepada Imaan :)

i remembered a month before i got pregnant, i finally realized, faham, redha dan menerima sesungguhnya hakikat HAK. aku ingat ayat yang aku cakapkan pada pakngah "Pakngah, saya rasa saya dah faham pakngah. walaupun bertahun-tahun pakngah cakap, baru sekarang saya faham. saya dah faham pakngah.....anak tu hak Allah. kita boleh berusaha, boleh minta. tapi akhirnya yang menentukan samada dia nak bagi atau tak hanyaAllah. Hak Allah, bukan hak saya, buat apa saya nak sedih..." tahu apa pakngah jawab?

"baguihhh, hang anak murid aku"

hahahahha, cikyoi jeles ;p

it took me yearssssss to understand that walaupun bertahun aku dengar. lepas kami faham itu, hidup mula rasa tenang, mula nampak rasionalnya. rasional dugaan dalam hidup. hikmahnya. tapi kami masih lagi belajar, terutamanya aku ;) cikyoi sgt matang dalam soal ni, dia lebih daulu faham cuma kadang2 kami perlu diingatkan. manusia memang mudah lupa :)

ok sambung bab Imaan.

so we waited for another 4 days for HPT. sambil2 tu macam2 aku rasa.

1. lapar yang teramat selang 2 jam. SGT LAPAR. (normal bila PMS)
2. angin@perut kembung (biasalah kalau makan tak menentu)
3. heartburn (ini antara giveaway terawal. ayashi ok)
4. malas baca buku, malas mengajar ;p (perangai biasa tapi yang ni extra malas)
5. senang tertidur sbb terasa penat sgt (siap nyenyakkkk ok walau tak selesa)

so on 4th November, Jumaat jam 3 pagi. cikyoi woke me up untuk sambung tanda paper exam. mata separa tutup, amik HPT sambil debar2 sikit. sikit je, haha sebab dah biasa dapat negatif ;p so i kench-ed atas stick itu, lepas tu biorkan sambil basuh2 muka. nak keluar toilet intai HPT....


eh, silap la. alat ni rosak! that was my initial thought. so cari balik kertas penunjuk tu. baca semula. padahal aku memang dah arif benar dah, berpuluh kali kot negatif kan? ;p eh eh ehhhh panggil cikyoi, bingkas dia bangun. suruh dia tengok, terus dia tanya..."maksudnya ape bee??" aku tak sure nak cakap camne so aku tunjuk kertas tu. dia baca sekali, pandang aku. baca sekali lagi, sekali lagi.. akhirnya dia pandang aku "betul ke Imaan ada bee?" aku mula menggeletar dan dia tarik aku so kami duduk sesama kat lantai baca kertas tu sama-sama sambil tangan dua-dua menggeletar. heeee nak nangis aku bila ingat semula ;p

the rest idokler perlu aku cerita, terlalu peribadi. but we ended up tak tidur sampai pagi. eh boleh pulak tak ngantuk esoknya ;p


apa yang aku ambil atau buat sampai aku pregnant? ini soalan biasa aku dapat. yang ini aku perlu cakap. aku tak mahu kisah aku dimanipulasikan. ini kisah aku. aku tak tahu samada ia ada significant effect atau tidak, hanya Allah yang mengetahuinya.

1. i did detox seminggu semasa awal bulan september tapi berhenti sebab malas. tak continue ever since.
2. awal bulan oktober aku pakai Premium Beautiful secara konsisten selama seminggu sahaja. lepas tu tak pakai sebab malas ;p dan sebelum tu hanya pakai bila rasa gemuk. tihihi
3. aku buat kerja bagi peluh keluar cth joging2 lite waktu weekends di Putrajaya P9 and aku temankan cikyoi cabut lalang and merumput di taman sekangkang kera kami hoiiiii berpolohhhh.
4. aku minum air yang sgt banyak. more than required. ini mmg habit baru sejak lepas puasa sbb panas sgt.
5. aku tido dengan banyak juga during weekends sbb penat sgt di sekolah. rest cukup kot ;p
6. kami mulakan rutin doa yang baru. bukan doakan diri sendiri tetapi untuk orang yang lain.
7. pulih hati.

dan yang paling penting, kami percaya,

1. sudah tiba masanya, sudah diizinkanNya.
2. ada antara kamu : emak ayah, family dan kawan-kawan ada antara doanya yang dimakbulkan Allah :) terima kasih tidak terhingga kerana mendoakan kami.


panjang pulak entry kali ini. terima kasih kerana ramai yang mengirimkan tips melalui twitter dan FB. sekurang-kurangnya terubat juga rasa keseorangan.

i am never alone, i know that :) cuma waktu-waktu begini rindu betul dengan arwah emak dan arwah ayah. bila dilanda mabuk, teringat orang lain ada emak, aku tak ada tempat nak bermanja. hehhhheeee ada orang kata jangan cengeng ;) takpe, saya ada emak mertua yang awesome! dan suami penyayang yang telah banyak berkorban untuk saya.


Alhamdulilllah :)


10 comments:

Fadhlyna Abd Wahab said...

i cried! frankly, setiap kali sebut psl syana dgn yoi, mr.othehalf always replies, "kita doakan yg terbaik utk diaorg. Allah lebih tahu yg terbaik utk diorg"

alhamdulillah! kitorg doakan Allah mudahkan segalanya 4 both of u. do take the greatest care of yourself,k? *hugsss*

girlfriend said...

kak syana...i nanges like a baby when i read this entry...
Alhamdulillah..kita kan reader tegar u..dr blog lama baca cerita pasal imaan..pasal awk try mcm2 pasal ur parents and now u pun nak jd parents..
Ya Allah..happynya..korang mesti lg happy kan..Congrats to u n cikyoi ;)

-- Afzan

Anna Banana said...

Chiput: tq chiput and husband. see i know ramai sgt yang mendoakan yang terbaik untuk kami :) alhamdulillah, terima kasih sgt2. teruskan blogging pasal abang fateh and adik naem. sejuuukk hati membacanya chiput. saya bersyukur dengan segalanya. lepas ni boleh berguru parenting dari awak pula :)

Afzan: tq sayang *hugs* semasa mengharungi semua tu, tak sangka boleh survive. bila toleh ke belakang rasa macam, itu aku ke? i guess it started off with a fake smile and believing in Allah's grace. selain itu apalah lagi yang akak mampu buat. doakan akak kuat2 ya ;)

Kiewpie said...

syana!!!!!! omedetou!!!! tahniah :D
uwah...ckp tahniah kt cik yoi skali...mmm...terharu nye bace entry ni :D :D rs cm nk gi jmpe je.. :D

Babe said...

WAAAAAAAAAAaa


Tahniah SYana!!!!

Aku happy untuk hang!!

ALHAMDULILLAH!!!

PEluk2 kish kish kish!!

mysara said...

you know what syana? one of the reason imaan is finally in you is because you deserve it.. setiap kali teringat pasal ko n cik yoi, can't stop praying you'll have beautiful kids..lotsa kids someday..you both have always been happy with other's kids(my kids too) n share their happiness and now imaan is so lucky to have a wonderful parents like both of you... cherish these moments and seriously i can't describe just how happy i am.

Anna Banana said...

Kiewpie: yuhuuuuu seronok kan berjumpa ;) alhamdulillah. rezeki yang Allah dah aturkan, timing terbaik, kita aja yang baru sedar. saya doakan kak ju selamat dan kalau sudah tiba masanya, calling2 :) tak lama lagi jumpa baby!

Babe!!!!! miss you babe!!!!! tq sgt. hugs hugsssss kish kishh

Mai: thats the sweetest thing anyone had ever said since the news, tq mai :) aku gembira sgt mai, tapi kadang2 aku takut nak gembira.. astaghfirullah. tapi your children are sooooo angelic! went to your house tis morning, rayyan berlari naked in the house lepas mandi and rifqi smiling ear to ear to greet me at the door. you are one lucky mother ;) i hope my kids will be as angelic as yours. aminnnn.

Heartilyina said...

bila ko sebut pasal hak tu. aku blaja masa Allah ambil semula 'Abid dr aku. dh dpt tp xdpt juga. after 2 years br aku betul2 redha. Allah mmg nk kita blaja kan. cuma cara xsama.

semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan syana. xlama lg penuh la citer puan syana n cikyoi memborong brg baby. xsabar tgk cikyoi n puan syana kendong baby. mcm mana la gayanya ye? hihi :D

NURSAKINAHBTMOHDSOLEH said...

Ya Allah! Terkesima baca. Macam ni rupanya keindahan bila Tuhan bagi hak yang suami isteri tunggu tunggu. Alhamdulillah. Tak sabar nak baby shower! Chewah!

Anna Banana said...

ina: kan? :) cara sahaja tak sama. hidayah tu milik Allah juga, selagi kita tak redha memang tidak dapat terima hidayah itu. it is still an ongoing process :) insyaAllah. ni tgh kelam kelibut merangka kewangan. hihiiiii

kina:haha, biasalah auntiesss memang akan lebih dahulu eksaited sementara ibu n ayah baby pasang strategi kewangan ;p orang kata kan kina.. the deeper the sorrow carves into your soul, the more happiness you can contain. wahhh london terabur gittuuu ;)

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette