Sunday, January 22, 2012

Ini anak Cikyoi (of food, mabuk and perangai).





haha ok title kontroversi sgt ;p

kali ni nak cerita untuk memori ;)

sekarang waktu menaip perut adalah kembung, akibat makan cempedak goreng. aritu makan dah kembung tapi tak menahan la... sedap! T__T antara benda lain yang mengembungkan ialah segala jenis 'kacang'. effek tak boleh blah paling dasat masa 7 minggu dulu makan kacang panjang. manalah tahu kan, makan pun separuh sedar sbb mabuk. setengah jam lepas tu.... amik obat! kembung sampai ke malam. troma. haha.

my nemesis. sedap nampaknya. hew hew hew

aku perhatikan corak pemakanan aku banyak yang berubah. masih suka air sejuk (guilty), masih suka yang masin (guilty)... masih dikawal lagi. aku rasa yg sejuk tu mmg habit la, yang masin tu aku rasa sbb rasa dia kuat so boleh overcome rasa nak muntah.

ini antara perubahan corak favourite food;

1. suka white chocolates T__T, dulu aku geng dark chocholate siap kata white choc is not choc sbb cikyoi suka sgt white choc, tulahhh gelakkan laki sendiri lagi.

2. makanan pedas... cili api plis. lepas tu kita tahan heartburn togede-gede ya. dulu aku suka yang tak pedas.

3. roti canai+roti pisang+teh ais plis -------> walaupun anakku 1/8 indian, kuat jugak penangannya. lagi2 bendi dalam kuah kari perghhhh akan ku usha sampai dapat dr pinggan cikyoi. siap serba salah dia nak makan. hihi

pagi tadi kan siap boleh aku belasah sebungkus nasi kerabu. habis licin. terus makan roti canai banjir kuah dhal sekeping. teh ais secawan tak mahu kongsi.

adoi!

4. spaghetti dulu aku suka yang aglio olio sahaja. ataupun capricciosa's tomato based (sebab tak masam) or the squid ink one (sebab tak masam juga). sekarang????? nak yang masam *pitam* ape kellassssss aglio olio??? nak tomato base yang masam atau capricciosa's sahaja. and lasagna adalah lazat amat.

5. SUSHI membuat air liur meleleh. masa cecah 3 bulan cikyoi bagi aku makan 2 piring je sushi. 2 JEWWWWWW???????? so aritu masuk 4 bulan cikyoi bagi makan another 2 piring T_____________T

menderita bila ingat makanan kat nihon. berpoloh jugak cikyoi bila aku sebut. hek hek ;p takpelah saya paham... tapi bila adik ipar kesayangan di chiba pulang nanti, hehehehe tahulah nasib ;p

ini dari nihon yang saya mahu, namanya senarai berangan mahu;

1. onigiri 7-11 (macam nasik goreng tu) 2. okonomiyaki kedai Tappei (buta nashi plis ;p) 3. udon dekat Kicchou Miyazaki 4. makan kat Joyfull 5. purin yang ada soft cream 6. dango <---- nakkk T__T

haishhh ;p


6. kurang sgt selera dengan ikan and seafood. pelik sbb memang my favourite dulu. sekarang ni lebih kepada daging. ayam pun kurang.

7. bermusim kegemaran pun. ada sekali nakkkkkk sizzling yee mee, pagi petang siang malam teringat. bila dah puas. ok takmau dah. termasuk cekodok ikan bilis, mak mertua buat sekali teringat2 and terus buat 2-3 kali. sampai puas pastu takmo dah. hoh geletis ;p

8. kuih yang aku paling tak gemar sekarang adalah kegemaran ----> KALIPOP bak kata anak murid amoiku. kekekekek KARIPAP! cikyoi memang suka sbb inti dia kari/pedas kan.

9. basically apa yang ada dalam pinggan cikyoi adalah favouriteku. haihhhh sebab tulah aku kata ini anak cikyoi ;p u get the drift la kan? haha


Untuk kenangan purpose, ini alahan... if inilah yang dinamakan alahan la.. flashback 3 bulan dulu ;p

1. first 4 months (nampak sgt baru recover) takleh masuk kantin sekolah. KENOT at all. akan rasa pening dan nak nangis. nasi goreng kicap pun rasa macam kerisik.

2. makan 3 suap max per meal. pastu perut masuk angin.

3. muntah after gosok gigi kalau malam sebelum tu tidur tak lapik perut.

4. ALWAYS hungry tapi have NO APPETITE.

aku tahu berat badan turun untuk second cek up, dgr membe2 cerita nurse akan amukan so what did i do before pegi cekup adalah makan roti+minum air banyak so masa timbang berat maintain. hahahahahhaha ;p

5. makeup tu apa?

6. bowel movement was extremely sluggish. alhamdulillah ubatnya tembikai+pisang/betik.

7. mujur mabuk hanya bulan 12 and sebelum cuti so memang boleh rehat di rumah. makan sikit then tidoooooooo but every 2 hours akan lapar macam gila. huhuhu agak mencabar sbb tak ada appetite and bila masuk semua berlumba nak keluar. punyala tak larat kadang2 letak kerusi di sinki dapur so i can barf with ease, cececehhh. memang agak lembik la. but its ok, rezeki aku begitu :)

8. heartburn is my BFF, sampai sekarang pun :) hihi tido malam kena tinggikan bantal/ tido duduk dulu, pastu terlena otomatik baring. again rezeki begitu :)


perubahan yang tak boleh blah SEKARANG (after 4 months) hihi

1. GARANG wehhh. hati jadi keras sikit. -----> ini dari mula2 conceived dah perasan.

2. suka tgk orang bercantik2, nak juga bercantik. tudung ropol la renda la mula aku pandang. apakah????

3. suka warna KUNING T____T oh anakku! of all colours??? hihi and suka tgk warna terang, sooo not me. dulu earth colours saja.

vibrant colours. Imaan like!!! T__T

4. efisyen sikit macam ayah Imaan. eceh. rasa pandai sikit. kalau tak kalau cikyoi ada otomatik aku jadi bimbo sebab malas fikir ;p

5. SGT SUKA PERFUME. SGT SUKA T__T jagalah cikyoi kalau pakai perfume, memang aku melekattt jelah sbb nak hidu. orang lain pakai pun aku suka gi duk dekat. takuit kan? huhu esp kalau bunya fresh fruity floral, heady wood fragrances kurang sikit. so jangan pelik jika saya duduk dekat2 dan peramah sgt.... sebenarnya saya tgh membau perfume awak. hoh! aku taip ni pun rasa ngeri dengan diri sendiri ;p


hehehe kadang2 rasa ajaib dengan perubahan-perubahan ini. how can you turn your lifelong favourites jadi benda yang tak disukai and vice versa. kuasa Allah kan? i am enjoying every moments and starting to use Imaan for every reasoning that i need to save myself from cikyoi's wrath. hihihi like super "PPOOOOTTTTTTTTTT" early in the morning (ofkos outside comforter) and i'll go "sorry bee... Imaan kentot kuat".... tapi kadang2 memang ada moments yang tak masuk akal tapi i am pretty sure Imaan wants it. ada sekali order teh ais for cikyoi and milo ais for me, tak tahu kenapa aku nak sgt tgk cikyoi minum milo ais tu depan mata sebelum aku sndiri nak minum. for no reason at all. hihi kita buli Ayah ya Imaan? Ibu like! ;p


hah :D i miss blogging. i tried to blog more often, nak letakan kenangan tapi i am very busy with school :) tahun ni agak mencabar sbb banyak tanggungjawab baru di sekolah. i am trying very hard to cope with genuine smile. takmau Imaan surrounded by aura beta (negatif) hanya aura alpha (positif) sahaja. so selalu aku lagukan selawat dan surah-surah pendek bila bersendirian dengan Imaan. Imaan can hears me now you know :) termasukla bila aku amukan di kelas T__T oklah dalam 3 minggu ada kot 2 kali aku naik suara kat bebudak, lepas tu siap usap perut and explain kenapa ibu naik suara pada kakak tadi. hihi

nak gossip pun kalau nak sebut bad words aku akan mengeja. haha since Imaan takleh mengeja kan. b.o.n.g.e.k.s kan??? Imaan bukannya boleh paham bahasa, dia faham getaran yang kita keluarkan. tihihi


eh panjangnya bebelan :) nanti dah mula check up di hospital which is 31hbb aku update on perkembangan ya ;)

hobi sekarang. ehek ehek. gambar hiasan pun nak amik retis cantik je kan :P uniform kerja pun bakal berubah. not sure pasal saiz Imaan atau appetite ibu yang agak monstrous. nanti next update pasal pencarian baju uniform ibu Imaan ya ;D




p/s:all pics googled.

4 comments:

NuRuL AiNA said...

hehehehe..atleast ko blh muntah tau syana.. aku skang adalah sangat beza waktu time pregnant arissa.. arissa adalah sangat bertuah sbb langsung takde loya2 nih. skang loya tapi aku takleh nak keluarkan.. dukla tahan kat esofagus nih.. automatik tertahan sbb mindset aku kata muntah tu sakit. hahahha

Anna Banana said...

aina: takpelah rezeki masing2 aku enjoy je muntah atau tak sebab tunggu lama nak merasa kan. hihi tapi lepas muntah lega sikit angin tu, selalunya lepas muntah heartburn dasat. hehe. tapi janganla tahan2 muntah aina, perit sikit, lega banyak asalkan tak keluar ikut hidung and last meal tak pedas. copppp arissa nak dapat adik boy kotttt ;)

girlfriend said...

kaaa...x suke make up???anak pompuan koott...hehehe...

Anna Banana said...

afzan: dari dulu tak suka mekap, powder+lipstick+blusher is makeup for me haha. waktu sebelum 4 bulan, not even powder, basuh muka pun malas :p anak pempuan? mana2 pun tak kisahhhh ;)

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette