Monday, January 23, 2012

Maternity Work Attire - The Cheapskate Me :p

ini shopping versi cheapskate ;p kui kui kui.

aku ni bab bag memang cerewet, kasut so-so, paling mahal tak sampai RM200, kat kaki sahaja ;p kalau baju tak langsung. if i can get 2 pieces of clothing with RM100 itu kira dah SCORE big time dah. pastu suke sbb rasa macam jimat. haha selalunya RM150 for 2 pieces of clothing la. baju selalunya aku rotate 2 kali pakai or 3 kali pastu boring pastu bagi kat orang. haritu buat clearance kasut heels.... sedihnya nak berpisah dengan kasut2 heels ku sebab in terms of design kasut aku suka yang simple, understated tapi makes me look beautiful *dreamy*. sekarang cikyoi kata flats sahaja. baeklah tuanku.


pencarian baju kerja mengandung ni pun sebab aku ah tak muat kain baju kurung. saya ini cikgu sekolah. kenot wear seluar, skirt pun kena formal colour (dark) so memang banyak syarat. lagipun taknakla nampak too casual. aku nak pi kerja, kena dapatkan the right attention, takmolah pulak budak telek baju dari telek cikgu ajo ape. tapi itu sayalah :) aku pelik sikit@serious sangat kalau bab kerja. hohoho

aku rasa kain baju kurung makin ketat, sampai satu tahap aku kena guna ribbon to tie the tempat cangkuk hook tu dengan partner dia T_____T sangat tak selesa. siap membe gelakkan.. ada juga yang sound direct "kau ni laaaa pergi beli baju maternity, kesian anak kau ketat-ketat macam tu!" huuuuuu aku bukan taknak cuma;

1. aku selalu dgr anak pertama perut org lain tak besar siap tak tukar uniform sampai 6 bulan. aku baru 4 bulan, takkan kot T___T ye kadang2 saya b.o.n.g.e.k juga.

2. tak sempat... sibuk...... T_____T

so setelah digelakkan dan dimarah dan nangis sebab tak selesa akhirnya aku pun atur strategi nak pi beli. syarat aku ialah;

1. wajib mursss sebab nak pakai for another 4-5 months sahaja lagi

2. boleh mix and match.

3. nak pi kedai and try sebab pertama kali tak tahu diri sendiri selesa pakai saiz apa T__T so no to online store walau cantik2nyaaaaaa!!!!

berbekalkan recommendation kawan2 yang juga cheapskate sepertiku dan bajet RM300 sahaja ;p cikyoi letak bajet sesama aku sebab takmo bini hilang akal. eh, saya berhemah ok ;p

1. Amcorp Mall


aku suka amcorp mall sebab takde orang and banyak barang pelik2 untuk cuci mata, kadang2 rajin singgah flea market dia untuk cuci mata, tak beli pun, saja jlan2 ngan cikyoi ;p

ok, baju anna, baju!

Kedai PEACE (lambang daun) di ground floor area Book Xcess. kedai ni banyak cawangan, saje datang sini :) oklah mebbi waktu tu ada yang aku rasa selesa di badan. blouses memang murs ya amat.

kain duyung dark choc, material berat tapi tak melekap, saiz XL T__T and blouse comel wrna KUNING ;p pics bb biasalah. kuning canary tu. total RM82 tunaaaiiiii.

kedai baju seterusnya, dekat area FirstLady dulu aaaa... dia tulis something golfer tapi jual baju muslimah brand "Aqeela"... agak pelik disitu tapi lama gila aku kat dalam tu sebab ada banyak blouse kerja yang menutup aurat ikut syariat.

baju kemeja muslimah Aqeela (ada online shop, cer google) saiz L 2 pieces RM97 tunaiiii.

baju kemeja kerja, very formal and baju tengah tu macam baju tadika KEMAS* pulak. kikiki tapi fedulikkkk sebab sangat selesa and comel bila aku pakai. haha! penting skali cikyoi approve dengan girang melayan aku wat fesyen show depan dia... siap kata "kalau dia pakai macam ni lepas bralin Imaan pun cantik bee :) " awww insyaAllah sayang, i am working on that and i need you to support me.


yelah selama ni pakai tudung tapi aurat ke laut. tudung pendek, lengan pendek kalau ke mamak or kedi dekat2, seluar mengikut bentuk badan- not necessarily ketat. haishhh. pernah aku tanya "kalau orang pakai tudung and baju betul2 tutup aurat, nanti dah tak cantik, dia pandang pempuan lain yang lagi cantik... macam mana?"hahhhh ofpos dia jawab bini dia tercantik in the world kan :) aku faham, aku masih mencari redha dan hidayah, masih lagi. doakan aku ya :)


ok, baju anna, baju!


pencarian bersambung di Semua House jalan TAR. ada satu kedai nama dia TOPGIRL bukan Topshop yeee kikiki *panggggggg!* kedai lama. hihi kalau cari skirt kerja aku selalu ke sini, harga RM60 aje and colour dia? SANGATTTTTTTT BANYAKKKKKK PILIHAN! hijau tua, muda, sedang, lumut, askar semua ada, purple apa ko nak? warna pelik2 pun ada. hehe aku suka ke Dir's for selendang and tudung sebab murs and dalam ekon. di level sama dengan TOPGIRL itu.

flare skirt, kain lycra berat. akan jatuh and very flow-y when you walk. camera tak aci, warna skirt sangat cantik. satu beige satu lagi dark dusty purple so baju purple, pink boleh masuk :) dusty purple skirt lama, harga for beige skirt RM60.

siap ada extra RM40 so aku beli tudung for dinner cikyoi. haaa tu satu hal lagi. baju kebaya labuh aku beli siap alter ikut bentuk badan masa raya tahun lepas siap tak muat. duduk je terbukak butang *no, not sexy*... panik! tapi seb baik jumpa baju raya lama yng muat nak letakan si Imaan. hihi cikyoi muka puas hati sebab tiap kali dia tanya baju muat lagi tak aku jawab dengan kondifen kata muat kan. padan muka ;p


eh ini baju yang sedia ada dalam lemari;

from left: dusty purple skirt, black skirt, kemeja light pink, fuschia and dark blue. kemeja banyak dari FOS or Reject Shop. heeee seee aku kan penjimat bab baju ;p

haaa, baju polkadot ini sangatla impuls purchase T____T so comel tapi taktaula bila aku nak pakai. kalau ke opis nampak gayanya kenala langgar peraturan pakai skirt cerah ni. sabtu ok kot ek? sekolah ganti ke kan.



baju jenjalan i tak kisah sebab cardigan banyak dan baju jenjalan memang banyak hehehehe yang tak sempat pakai pun banyak :P syhhhhhh jangan bitau cikyoi.


so itulah kisahnya baju. mungkin esok lusa nak seret cikyoi ke Mothercare OU sbab depa kata ada benda ni kat sana,

i want this pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;p selesa ke yek?


ini nampak super comfy kan... eh tak, perut belum besar tapi berat baby ke bawah, bila sujud macam ada belon di situ, kamu terturun ke anak?


apa kisah baju "uniform" awak? :)
and errr
ada lagi kedai murah awak nak recommend?

tq in advance! hihi


p/s: pics mostly googled.

4 comments:

mysara said...

bestnya baca cerita shopping pregnancy ni..teringat zaman preggy dulu2..aku pon ada baju2 preggy yg xpakai.. kalau nk pinjam, boleh je anytime..nnti aku balik, aku pass :) boleh add in maternity collection ko.. yg xsempat pakai pon ada

Anna Banana said...

mai: heee seronoknya! tapi mengenang ko yang selim melim even waktu pregnant and aku yang... errr tak begitu selim macam impossible je nak muat hehe tapi tq sgt mai, pucuk dicita ulam mendatang! ;D

Heartilyina said...

alhamdulillah! hihi azam tahun br ke ni? aku sejak kawin terpaksa muslimah. kalau xmuslimah tu kira berani mati la nk mengadap mentua. susah jugak sbb xbiasa mula2 tu. alhamdulillah dh lama2 (makin tua) dh terbiasa jd ikhlas la plak. tantekkk baju2. which reminds ni nta tahun bila aku last shopping. dh bape thn asyik ulang pakai baju sama. kena shopping gak la nnt.

Anna Banana said...

ina: wahhh berani mati gitu :P aku ni ala-ala menantu tak sedar diri dulu. baru nak sedar diri sekarang. siaaannnnn cikyoi ;p tapi tulah hajat dihati memang gitu, mula dengan tudung, kemudian nak labuh+longgarkan baju, akhir sekali stoking. insyaAllah doakan aku makcik! jom pi shopping, Ihsan tlg bawak bag shopping mama ye :D

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette