Wednesday, February 1, 2012

Check up (ANC) di PPUM @ UH




:) why PPUM @ UH?

why not? *pang!!!!!*


haha ok seriously. ini kriteria pemilihan hospital.

1. hospital besar - ada bank darah
2. specialist nearby (all types of specialist) - so aku takkan di hantor ke mana2 hospital lain in case of emergency.
3. baby and father friendly - support breastfeeding and father allowed into LR
4. doctor dan semua kakitangan dalam LR adalah perempuan.
5. berpatutan kosnya - dengan mengambilkira worst case scenario.
6. dekat dengan rumah/tempat kerja.

sikit jewwww kriteria kan? ;p hehehe

first aku set budget. 3k for worst case scenario. apa??? takda??? ada! :)

Hospital Putrajaya FPP (full paying patient), specialist dapat, doktor pempuan lagi and very affordable. BUT for now doc pempuan hanya Dr.Hamidah and patient dia ramai, tak semestinya akan dapat Dr. Hamidah kalau ko bersalin on weekends, and bukan semua perempuan in LR. so mengapakah saya mahu bayar RM3000 jika syarat tak dipenuhi?

untuk walk in sahaja ke Hospital Putrajaya? saya takut, takut kena tolak ke hospital lain kalau sana penuh. yelah kalau terberanak dalam ambulans canerrr???? takuiiitttt.

UM Specialist Centre. ada seorang doktor yang menjadi idaman hati, sungguh2 mahu. sangat tersohor dengan sikap dan ilmunya, Prof Siti Zawiyah. the only downside is the cost. normal delivery would be RM2500. belum kira worst case scenario. ini memang idaman @ impian tapi aku kena berbalik kepada realiti kan? :) takpe semuanya rezeki!

"ada yang bercerita kata bersalin di swasta, doktor takda pukul 3 pagi so terpaksa tahan sampai esok pagi, tak terbukak jugak jalan. last2 doktor czer. amik pakej RM2500 terussss kena bayar bil RM10,000" - rezeki tertulis begitu kan?

so yang terbaik untuk situasi aku ialah PPUM @ UH (semi goverment).

ofkos i was very nervous.... "gomen" "layanan tak bagus" "nurse garang" "nanti doktor pelatih tengok and interview".... uiii takut juga sbb anak pertama kan, lagipun baca internet banyak sgt. yang buruk banyak sgt dari pujian. aku nak pi check up pertama ni pun seriau, takut dimarah sebab terhegeh-hegeh sangat. and doktor pelatih sekalian dengarnya akan tanya dulu kalau nak masuk LR so you have the right to deny. aku pun segan sgt kot kalau depa masuk, kalau interview tu kalau aku larat, layankan aje hehe, depa pun nak belajar.

tapi di PPUM @ UH semua kriteria dipenuhi kecuali pemilihan doktor perempuan dan yang kakitangan dalam LR. cost? FREE sebab cikyoi keje UM. maka aku redha dan mengingatkan diri sendiri dan juga Imaan akan pesan Tok di Cameron Highlands

"senyum aja..."

haha, simple kan pesanan? tapi itulah yang aku buat :)

Klinik Ibu Mengandung PPUM dah dipindahkan ke bangunan baru, bukan lagi di Menara Utama. cantik! selesa sangat, jom layan gambar sebab selama ni susah benor aku nak google gambar klinik baru ni.

orang kata hospital gomen tunggu lama and bosan kan, aku belila stok banyak-banyak. roti, air milo kotak, m&m's, air sebotol, majalah, wafer. ehehehe takut sgt kebulur ;p ehh in my defense, you would hate to be near me kalau aku lapar. annoying gila! haha

ini pintu masuk utama bangunan. tantekkkkkkk. depan drop off bahagian pediatrik ya, belah kiri gambar bahagian ibu mengandung :)

Ini ruang A, ruang untuk pendaftaran, bayaran and buat appointment akan datang. not sure pharmacy kat mana. tapi kerusi yang plushy sedap montot nak berlabuh. sejam berlalu begitu aje (memangla sejam kalau terlambat sbb jem di NPE). tapi sbb ekon baru kan, sojuk sgt. gigil jugakla so mommies bawakla shawl atau sweater ya.

kalau nak booking bersalin di sini, bukan boleh terjah aje. first time datang amik nombor tunggu sampai dipanggil dan akan ditanya samada betul2 nak bersalin sini. reasonnya adalah... TIDAK ADA BUKU MERAH! rekod akan disimpan di sini, kalau ko balik kampung nak terberanak kat kampung susah jugakla sbb data semua di PPUM kan? so apa kamu boleh buat ialah continue with your Klinik Kesihatan juga. tapi aku memang nak di sini so amatla malas nak ke KK ;p

ok, bila dah confirm, bangun dan berkata "YA! SAYA MAHU BERSALIN SINI" hihihi ok jgn buat gitu ;p so nurse key in nama alamat sikit, tarikh akhir period dan tanya samada guna GL atau bayar sendiri. lepas tu dia bagi tarikh appointment and borang serta list apa perlu bawak for first appointment. senang je and nurses very attentive insyaAllah. bila aku senyum, depa sebatu lagi dah senyum. alhamdulillah seronok sangat!

ini playground yang hanya boleh access through dalam ruang A sahaja so keselamatan anak terjamin sikit and sebab baru kan, nampak ok sgt.

ini ruang B, ruang menungu untuk amik berat badan, tekanan darah, kena panggil masuk bilik doktor. urine test and amik darah di bilik on leftside of picture. kak dengan abang tu tengah menghadap stesen jururawat letteww. aku takut2 nak amik gamba, takut kena marah ngan nurse ;p tapi selesa kan?????? :)

Dr. Loo, yang attend appointment aku on that day adalah male chinese doctor yang soft spoken dan jalan laju. terkedek2 aku mengejar dia dr belakang nak pergi scan di tingkat 1. ohhhh ruang A and B di tingkat 2 tau. insyaAllah nanti ada ruang parking bawah bangunan ni. yay! ehhh ok berbalik kepada playground ini... tman mini ni antara bangunan klinik ibu mengandung nak ke Menara Timur dan Menara Utama. kiranya kalau ikut laluan tu mesti akan nampak ini. waktu aku amik ni tengahari, ada jugak bapak yang dok lepak layan anak main gelongsor.

ini info yang diberitahu:

1. labour room (LR) satu pesakit, satu bilik, satu bilik air. sepatutnya father boleh masuk tapi kakitangan tak cukup... bukan tak cukup nak attend ibu tapi tak cukup kalau dibuatkan father tersungkur di tengah jalan hihihi

2. ward menempatkan 4 katil dan ada 2 bilik air attached to each ward. meaning 1 bilik air 2 orang ibu. nice kan?

3. right after delivery, baby will room in with mother, so letih tak letih ibu ibu kita kena kuatkan semangat. heeee.

4. waktu melawat seperti biasa, untuk memberikan ibu dan baby masa untuk berehat dari pelawat dan jugak mengurangkan infection pada baby sbb ramai sgt yang gomol :p




and pengalaman aku? parking kalau sampai awal adalah OK. kalau lewat, terpaksalah jadi kreatif. nurses SGT BAIK (terima kasih buat yang bertugas 31/1/2012 dari jam 8 pagi sehingga 12 tgh) and memandangkan ianya bangunan baru, facilities sangat baik.

aku berdoa sangat-sangat agar rezeki kami baik di sini, bukanlah layanan ala raja diminta cuma sedikit rasa hormat menghormati sesama manusia dan asalkan kami selamat :) walau apapun kami sedar juga kita memang boleh berharap dan merancang, akhirnya yang menentukan adalah Allah. seperti juga 31/1/2012, kami meletakkan rezeki di tangan Allah kerana dariNyalah ia datang. untuk pengalaman ini, alhamdulillah! :)




we were humming this on our date to nasi kandar, comel eh bila bayangkan Iman=Imaan ;)

15 comments:

NuRuL AiNA said...

memang sangat betul statement... nak beranak kat mana pun kena tgk rezeki :)

1st experience, even gomen, even tiada specialist, even yang menyambut hanya mak bidan merangkap nurse bukan doktor sbb kul 11.27pm (klu x silap aku la)..tapi sangat best sebab nurse2 veteran sangat baik walaupun tegas..and fully support breasfeeding. mmg takdenye bagi susu formula. hahaha 2nd time plan nak beranak di tempat sama, dan doa byk2 moga kalau tak sama experience nye, still rasa best in the end. bukan pulang dgn sakit hati :p

Anna Banana said...

Aina: mak bidan sgt expert ok! aku kalau tak ingatkan ini anak pertama, nak je cari mak bidan pastu bersalin kat rumah, au naturel gitu tapi nervous sikit so kansel.

takpelah aina, kita doa banyak sbb kita takleh control reaksi org kan, kita cuma boleh kontrol emosi+reaksi kita je. daku amatlah nervous tapi redah jelahhhh hehe

Heartilyina said...

aku rasa ok sgt lah ppum ni. full package dh. xperlu dh g kk. cumanya ko kena pastikan la bersalin sana. ala toksah la merayap jauh2 kan. kot nk terberanak leh cpt2 smpi hospital. kalau aku mmg dh puas hati sgt. kalau aku la... g gomen lebih safe. anything happen xdela kena tendang mcm bola sana sini di saat2 emergency. bab lama menunggu tu biasala mana2 pn. org ramai kan. tp dh mcm ala2 nihon punya hospital dh ppum ni. aku dlu mcm ni jugak. tp semuanya nice n teratur so okla puas hati. kalau nk g ppum mesti kena tinggal dkt2 sana gak ke? lg satu aku xpaham... mula2 td ko tulis husband boleh masuk masa bersalin. pastu yg point form tu ko ckp xleh sbb xcukup staff? so boleh ke tak? aku kalau nk bersalin kriteria utama tu hubby kena masuk skali hihi

Anna Banana said...

ina: tulah facilities baru kan so cantik sangat, jom bersalin sini jom! eh? hehe.

since dia semi gomen so dia takdelah wajibkan ko dari area mana, so siapa2 boleh register rasanya. registration untuk kandungan 3 bulan ke atas. bawah 3 bulan kalau ada kes emergency je dia terima.

PPUM bangunan baru ni diwartakan sebab father friendly, maknanya memang dia bagi father masuk labour room TAPI buat masa ini belum lagi boleh sebab staff tak cukup, aku harap sgt by June insyaAllah father dah boleh masuk. amiiiiinnnn :)

Puteri Satu said...

akak dah lama tak bukak blog ana.. so akak baru tahu ana pregnant..alhamdulillah syukur... tahniah dari akak... ketentuan tuhankan... :)

Anna Banana said...

Mama Aqilah+Aqil : ye akakku :p inilaaahhh sebabnya saya senyap lama dari soksek ngan akak. hihi, insyaAllah esok lusa saya contact akak semula yek :) terima kak, doa dari aqilah and aqil juga ni :)

Anonymous said...

Labour room kat PPUM hanya perempuan sahaja? rasa nya fakta ni tak betul ni. selalu ramai je doktor lelaki yg sambut baby dlm labour room. saya doktor, saya tahu.. :)

Anna Banana said...

salam doktor anonymous :)

kriteria "semua perempuan in labour room" adalah kriteria yang saya cari tapi nearly impossible kot kalau di government hospital berdasarkan pengetahuan saya yang cetek. swasta ada rasanya. so saya terpaksa terima keadaan itu buat masa sekarang.

kat sini saya ada nyatakan kriteria itu tidak ada pada PPUM, taken from my entry;
"tapi di PPUM @ UH semua kriteria dipenuhi kecuali pemilihan doktor perempuan dan yang kakitangan dalam LR"

saya tak ada mention fakta bahawa "LR kat PPUM hanya perempuan sahaja". tapi takpe, saya ada peluang nak jelaskan lagi entry saya through this comment.


;)

Rashidah said...

Hi Syana, congrats :) Happy to become a mother kan? Aku dah 2 org anak. Both at goverment. Bersalin kat mana2 pun sakit tetap same. About kene jaga anak after delivery, for me I prefer to be like that. Keluar jer bby, doctor terus letak atas badan kita, memang speachless.. besarnya kuasa tuhan. Segala sakit, penat semua hilang. 9 bulan dalam perut, baru nampak muka.. Tak nak lepas ajer bile nurse nak amik n mandikan. Punyalah excited sampai suruh husband ikut nurse. Padahal tak boleh ikut. Baby time tido pun aku tak letak dalam baby coat. Letak bawah ketiak. I don't know. For me, sbb dia dah biasa feel warm and safe dalam perut, so I want her to feel the same. Mungkin sebab tulah dia tak merengek or menangis sangat. kecuali bile nak susu. Jaga diri and take more rest. Near the delivery date, you need to have enough rest and banyakkan baca surah Mariam. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar.

Anna Banana said...

salam rashid, homaiii lembss betul aku nak membalas kan? huhu

aku sampai sekarang dok pk lagi tau kalau anak menangis sbb mahu diangkat should we angkat or not. i think u get the drift la kan. dilema sebegitu. even nak tidokan si Imaan kat mana pun jadi satu benda yang aku buat research panjang. kekekeke yelah sekali dah biasa kang susah nak bentuk balik T____T

makanya your comment here is VERY MUCH APPRECIATED!! at least dapatla aku sinar sikit haha. aku belum lagi buat preparation mentally apa akan berlaku, tak sempat sbb bz sgt with school. yang ku percaya "wanita memang dilahirkan untuk melahirkan" semua pempuan iAllah melaluinya dengan baik.

keep on commenting with tips, sgt2 membantu :)

Anonymous said...

Hi... dah bersalin? boleh saya tau brrapa kosnyer di ppum?

Anonymous said...

Hai Ana..thanks for your info.tapi nk tnya la..skrg sy da msk 7months pregnant.sama mcm awk,still kira2 bajet utk kos bsalin nnt.skrg sy checkup every month kt private.tp dsebabkn kos bsalin agak mahal,sy plan nk g ppum.so far mmg xde buku merah tu.kl sy nk bsalin kt sana,mmg kna wat check up kt sana ke lpas ni? Ada beza ek ppum ngan umsc?

Lily said...

Hai Anna...saya staff ppum... Hehehehe, macam nie rupanya pandangan orang luar pada perkhidmatan ppum... Saya pun suka terima rawatan kat ppum.. InshaAllah, saya juga mother to-be 2013... Terjumpa blog nie sebab google2 nak cari tempat bersalin... Pandangan saya ppum bagus untuk buat check up antenatal, cuma kena confirm la nak bersalin kat sini atau UMSC, tapi kalau plan nak bersalin kat tempat lain, tak masalah, kita boleh minta doktor tuliskan report check up kita kat sini... Cuma yg tak bestnya sampai sekarang januari 2013 masih tak de keluar pekeliling yg benarkan suami teman isteri dlm labour room dan bilik... Yg lain2 sume dah ok... Dan alasan tak cukup staff mmg boleh diterima dan relevan sebab ppum hanya menerima midwife sahaja yg bekerja kat labour room. Bagi mereka yg tak tahu nak jadi midwife bukan senang, seorang midwife adalah jururawat yg dah ada pengalaman bekerja sebagai nurse selama 3 tahun dan apply untuk pos basik sebagai midwife dan mereka nie sume ada lesen nak sambut kelahiran bayi... Kos utk bersalin kat ppum dalam 500 untuk normal dan 1100 utk c-sect... Walaupun saya staff saya rasa ppum bukan pilihan pertama, walaupun rumah dekat dan kerja kat sini sebabnya suami tak boleh teman dalam labour room (ngeri dgr pengalaman kawan2 yg bersalin kat sini ofkos la staff ppum juga) kedua potensi nak dapat baby blues lepas bersalin sgt tinggi sebab postnatal care sgtlah teruk because of suami atau waris tak boleh teman. Kat sini juga banyak student dan doktor pelatih sebab ppum teaching hospital... Apepun yg best kat ppum ramai pakar dan hospital besar yg cukup segala facilities terutama blood bank yg sentiasa bersedia supply darah jika berlaku masalah... Hope ada la rezeki untuk baby bakal lahir dan rezeki ibu bapanya juga... Pilihan saya mungkin UMSC kot mcm Anna... Pakar utk ppum dan umsc adalah sama. Ada 4 orang doktor pakar perempuan , dr siti zawiah, prof dr siti rohani, prof dr khong dan dr Aizura. Tapi kat ppum pakar hanya entertained patient yg high risk dan kat umsc kita boleh booking utk mereka sambut bayi kita walaupun bersalin normal, because we pay for them...

fad said...

Salam. Teringin nk tanya, klinik utk ibu mengandung kat PPUM tu dibuka pd hari sabtu. T.kasih

zaidah said...

Betul memang sokong servis kat PPUM memang bagus. Saya dr tahun 2010 follow migrain dan gastrik kat GH Klang..Ya Allah seksanya.sangat lambat.byak india dan cina. Melayu dlm 30%..then 2013 tukar gi PPUM..memamg the best service dan selesa.bayar lebih sikit takpe janji selesa dan staf nya peramah

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette