Saturday, April 28, 2012

Baju Baby (Imaan) di GM Klang.

letih menanti updates dan meng-google keadaan keselamatan negara, aku pun ajakla cikyoi keluar cari barang untuk si Imaan. matahari dah tegak di kepala geraklah kami ke GM Klang melalui Elite dan Kesas. terussss jumpa GM Klang :D 

motip? nak lengkapkan baju basahan budak kenit ni, basahan jew :) aku paling lemah kalau ade sejemput dua sebelum list lengkap. so sekarang beg baby untuk ke hospital dah siap, bab baju dah boleh tutup buku (maksudnya tak perlu dicri lagi, kalau terjumpa yang comel boleh lagi beli kekeke). 

ok, berhenti mengarut!

so we went there, tawaf semua pavilion kat fasa 1 tu. 

penat memangggg penat. sebelum pergi sila diskas dengan suami anda nak beli baju cenggana. kalau borng selalunya 12 helai 50% diskaun. kalau 6 helai 25% diskaun. beli sehelai-sehelai pun boleh, selalunya diskaun dalam 10% la. lagi pandai nego lagi mursss kot. 

jangan jadi macam satu chinese ni, punyala mintak tawar pencil case angry bird "boleh kasi harga RM2 ka?" sampai kena sound tepet "boleh, kalau beli 100". hahahahaha last2 semua yg dengar tergelak termasuk yang cuba menawar :P moralnya, beragak-agaklaaahhh.

kebanyakan barang made in china. ada juga yang imitation, so we came with low expectation, kalau ada yang berkenan, adalah... getttewww.

so ada tak yang aku berkenan???

 baju anak belum dapat, omak eh rembat baju dulu :p typical! omak eh budget RM70 JE for a nice jubah. untuk pergi kerja. nak beli baju maternity macam lepas ni tak pakai dah, so belilah 2 helai :D sebenarnya payah gak nak dapat cari sbb mostly jual jubah RM180 before diskaun. aloooooo takmolah memahal, bukannya emas. eh?

baju anak ada tak?????

berpinar mata cari. baju baby girl and toddler pempuan memanggggg banyak.

selepas keluar the first pavilion kami akhirnya diskas nak cari sleepsuits yang comel sbb 2 pieces dah banyak and sleepsuit sungguh comel dan bebila masa kalau emergency boleh je green light as baju outings. kahhh teori omak, tak boleh blah sunggoh ;p

maka jumpalah satu kedai kat pavilion 2 (orange coloured building)

5 sleepsuits for Imaan, 6-9 mos punya size supaya Imaan pakai lama tihihi dan kerana stok size takde T___T . berapa harga sehelai? RM26.

since kami ada ramai anak sedara, kami beli 12 helai. so sehelai jatuh dalam RM13 je. oklaaa buat basahan kan? :) kain dia oklah, bukanlah terbaik but selesa untuk kulit baby.. saiz pelbagai ikut apa yang ada and saiz anak sedara. hehehe.

plan nak beli 2 pasang baju jalan-jalan for Imaan. bila cikyoi tanya bila nak berjalan ibu???? ke mana Imaan nak pergi? aku lostttt korang. aku lost. silalah memberitahu ke mana baju berjalan ni akan dipakai and bila? ke spital pun sbb baby kan.sentiasa dibedung je kan? baju ni have no brand, omak suka sebab baju kat dalam boleh ditukar2. haha jadilah sementara kamu nak kuat sikit. kmu dah lahir nanti Imaan, kalau perlu baru kita pi beli ok? :) baju ni harganya RM49.90 tapi dapatla diskaun sikit jadik RM45. bolehla, dah penat sebenarnya. ngeh ngeh.


overall oklah juga ke GM Klang. datangla pertengahan to penghujung Mei, dgr2 macam stok raya akan masuk at that time, mebbe lebih banyak pilihan ada :) 

baiklah. baju sudah setel. lepas ni nak setel beg ibu pulak.

next entry would be pasal PPUM dan UMSC ;) yang itu sensitive sikit. hew hew hew.

take care aunties! :D

p/s: gamba 3 paling atas digoogled.

4 comments:

Kiewpie said...

sy dh lame tk g gm klang.nk tgu dienye mall bukak ;-)

nonie said...

best nyer menyoping baju bb:)sian yoi xdapt baju hahahahah jeles x yoi:p
jg diri elok2..dh nmpk ke boboy ke gegel?

Heartilyina said...

tau dahh mesti imaan boy kan? hihi. bestnya gm klang. dr dulu nk g xpegi2 gak. konon nk berbisnes. ntah bila laa. aku dlu time anak2. org pakat bagi 2nd hand baju. sbb katanya baju yg dh byk kali pakai dan byk kali dibasuh kainnya lebih lembut n mesra utk kulit baby. dh org bg. 2nd hand pun terima saja alhamdulillah hihi. tp buat pakai kt rmh la. nk buat jalan2 mcm dh xsesuai. then bila ihsan dh xpakai aku pass bg org lain plak. berjasa betul baju2 ntah dh bape budak pakai. tp aku rasa kt msia jarang kot org wat mcm ni.

nway ibu imaan brand apa kah playpen imaan dan berapakah harganya dong?

Anna Banana said...

kewpie: ooo nak bukak mall ke? saya lagi tak tau ;p ni pun pergi sbb diorang kata ada ekon. haha

nonie: yoi laaaaaaaagggggiiiiiiii cerewet bab baju! ;p

ina: kan best ada org hand down baju2 basahan. bolehla kita cover baju jalan haha! :p selalunya org malaysia simpan for next baby kot na.

playpen brand sweet cherry harga RM240 kat JUsco Midv. its a basic playpen. aritu aku nampak kat carrefour harga RM150 je and warna sgt OK. cuma kenala beli tilam latex ke untuk bagi baby selesa. macam kami beli set tilam nipis tu je sbb takut tebal nanti berpoloh pulak si Imaan. aku tak beli cot sbb playpen mobile and ringan sket nak berangkut ;p and WAJIB aku beli sbb ada kucing dalam rumah, takut diva 2 ekor ni buli si Imaan. hehe :D

kalau budget is not a problem, Graco's playpen sgt mengujakan!!! hehe

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette