Tuesday, May 1, 2012

PPUM and UMSC

This post can be sensitive to some. read with caution and sendiri tanggung ya. you can always click the 'X' button. tu kat ataih tu :) i am sharing this here just because this is a space where i can write and release some steam and to definitely share apa yang aku lalui eventho might not be easily acceptable by norm.

ok, flashback HERE

i did mention yang ini 5 kriteria hospital yang dicari:

1. hospital besar - ada bank darah
2. specialist nearby (all types of specialist) - so aku takkan di hantor ke mana2 hospital lain in case of emergency.
3. baby and father friendly - support breastfeeding and father allowed into LR
4. doctor dan semua kakitangan dalam LR adalah perempuan.
5. berpatutan kosnya - dengan mengambilkira worst case scenario.
6. dekat dengan rumah/tempat kerja.

and i did mention my dream gynea:

"UM Specialist Centre. ada seorang doktor yang menjadi idaman hati, sungguh2 mahu. sangat tersohor dengan sikap dan ilmunya, Prof Siti Zawiah. the only downside is the cost. normal delivery would be RM2500. belum kira worst case scenario. ini memang idaman @ impian tapi aku kena berbalik kepada realiti kan? :) takpe semuanya rezeki!"

we did cari tapi keep on saying "tak mampu" sebab you only have that choice di hospital swasta.

and UMSC deposit for normal delivery is RM3600 mind you T_______T, deposit for czer pulak RM6500 rasanya.

entah macam mana satu hari aku google pasal dewan bersalin. opkosssss ada yang positif dan ada yang negatif. biasanya yang negatif memang banyak sebab yang positif jarang orang yang berpuas hati akan amik masa dan bercerita. berita buruk travel faster, no? ;) daripada situ aku dah resah. aku tanya pulak keadaan di dewan bersalin kepada kawan-kawan di ofis. even kawan yang bersalin di PPUM sendiri. dia kata nurses semua baik. aku pun setuju, sangat baik. dia kata sebelum masuk ke dewan bersalin ada bilik di mana kainnya ditanggalkan and terkangkangla kamu di situ tanpa boleh ditutup. dont get me wrong. saya sangat-sangat paham, staff kurang, dengan buat macam tu, its easier to monitor mak-mak beranak yang ramai. but i cried when i heard it. aku lagi takutkan ini daripada proses bersalin itu sendiri.

:(

then i found this link. ia hanya menguatkan instinct yang aku tahu ada dalam diri cuma dipendam kerana percaya bahawa kami "tidak mampu".

to convince cikyoi is another thing. dia yang bertukus lumus mencari extra money for Imaan's arrival pun mempersoalkan samada kami "mampu" atau tidak. heck, aku pun meragui "kemampuan" kewangan for the worst case scenario.

so i showed him the link, i told him my interviews and i cried because just thinking about it makes me shudder. haih.

it took us days to come out with a decision.

kami mampu. duit ada. memang bukan dalam bentuk cash tapi harta yang boleh ditukarkan menjadi wang. dan kami lakukan ini to please Allah. Lillahi Taa'la.

sebaik sahaja membuat keputusan ini 70% perasaan lega tu datang. phewww.. 30% lagi memikirkan cara to raise at least RM5000, just in case of emergency. although the budget is very tight since anak pertama banyak yang perlu disediakan, kami redah je. hehe.

25th April jam 6 ptg kami set the appointment with Prof. Siti Zawiah di UMSC. and darls, shes everything that i ever hope for. even her motto is : "normal delivery" :D :D :D as normal and drug free as possible. the way i pray it to be. err appointment jam 6pm, jumpa prof at 8.15 pm kot. hehehehe itu adalah biasa since prof ada kemungkinan kena attend emergency surgery kat PPUM. bab itu memang kami dah ready. she is worth the wait.

the bil? for a 'simple' meeting + normal scan= RM 165. but her assurance worth than that.

and you know what, percayalah pada rezeki anak, to date we dont have to worry pasal appointments fee lagi sebab suddenly ada rezeki si anak. Lillahitaala, kita berusaha, dan yang lain kita serahkan kepadaNya. 

As i said in my first sentence. this is a sensitive issue. it goes beyond kemampuan, konsep darurat, redha dan keimanan (belief). beyond all that until it becomes a PERSONAL choice, pilihan yang tidak boleh dipersoalkan. in MY condition as for NOW, kami MAMPU. lain orang lain reasoning, lain anak lain rezekinya.and if suddenly, kami dah berusaha, ditakdirkan juga pada tika Imaan dilahirkan, tetap juga disambut oleh doktor lelaki, jika itu berlaku, aku akan redha kerana aku sudah berusaha sehabis mungkin.

terbit juga rasa sedih bila ada yang mempersoalkan kenapa nak sangat doktor perempuan yang sambut, doktor lelaki kan hanya menjalankan tanggungjawab? baiklah, i will only explain this once, selagi berkemampuan, aku akan berusaha mencari doktor perempuan semasa melahirkan, biarlah baju anak cap pasar malam dan takdak brand sekalipun. tidak menyalahkan doktor lelaki cuma ini pilihan yang dibuat dan i would really appreciate if you could pray for us :)

bukan senang untuk akhirnya memilih jalan ini, berapa banyak perngorbanan yang perlu dilakukan hanya kami suami isteri dan Allah sahaja yang mengetahui. kadang-kadang bukanlah wang ringgit yang diperlukan tetapi sokongan. sampai saat ini aku sangat mengerti erti cabaran dalam menyempurnakan sesuatu 'lillahitaala' dan maksud rezeki. pengalaman ini jauh lebih berharga dari segala wang ringgit yang ada di dunia.

if someday PPUM or any government hospital hanya ada doktor perempuan dan nurse perempuan sahaja dalam labor room and father allowed into the labor room, i would without a doubt memilih PPUM dan government hospital. insyaAllah suatu hari nanti :) 



so there, my story of PPUM and UMSC. semoga menjadi panduan buat diri sendiri di masa akan datang. minta maaf kalau ada yang menyentuh sensitiviti dan perasaan kamu-kamu. moga kita beroleh berkatNya.InsyaAllah.

:)


5 comments:

NuRuL AiNA said...

Agree on setiap anak tu ada rezeki die.. bukan interms of duit tapi segalanya la. Macam arissa dulu kat hospital gov daerah kulai, rezeki aku walaupun doktor yang ditugaskan tu adalah lelaki singh, tapi die hanya datang buat round, check perut..tak tengok bawah pun. Check bukaan, semua nurse yang buat dan very gentle.Masa bersalin sebelum midnight, mak bidan dan nurse perempuan je dalam labor room..mak bidan yang sambut tu siap penuh kesyukuran bile arissa keluar, rasa macam mak sendiri plak hahaha. Dalam keadaan berdarah2 lepas tali pusat potong, terus disuakannya ke breast utk susu first. Nurse semua dah macam pasukan sorak masa sesi teran meneran. hahah Tapi tula bukan rezeki Arissa dan Sina, bile Sina takde masa arissa keluar sebab duk keluar beli susu untuk aku. eh eh terbuat entry kat sini plak wakakaka...

Iela Fazielah said...

lupa nak bg tau... my fren amik private wing kat hosp. putrajaya (fullpaying patient).boleh rquest doc perempuan n kos dia xla terlalu membebankan....sbenarnyer dlm pemilihan hosp. bersalin...lebih baik pergi ke hosp. kerajaan yg besar berbanding private hosp. sbbnyer..kalau ada emergency case...kita still dipindahkan ke gov. hosp.. jugak. but pilihan nak amik PPUM adalah terbaik...dont worry...ahamdulillah..ketiga2 kelahiran anak ila semua disambut oleh doc perempuan...xrequest pun...

:: mammi :: said...

hi anna.
syai pun nak share pengalaman bersalin anak sulung 6 bulan yg lalu selepas 3 tahun menunggu ;).
masa mula2 pregnant, mmg dah decide utk amik gynae perempuan dan hasben pun bersetuju. as u said, it only happen in private hospital. then, terbaca jgk link macam yg anna bg tu.itu menguatkan lagi perasaan utk gynae perempuan dan berjaya menconvincekan hasben. "insyaallah, rezeki ada. takde cash, kita cari jln lain" itu kata hasben. akhirnya, syai buat monthly checkup di azzahra bangi dgn dr.fazliana at the same time dok survey hospital lain jgk. akhirnya bertemu dgn review FPP hospital putrajaya. alhamdulillah, dpt dr.hamidah yg mmg hot stuff di situ hehe dan tak pernah rasa terbeban dgn bil walaupun org mengatakan mengapa mesti byr bila boleh free coz syai adalah govt servant.
bila saat utk melahirkan, allah maha berkuasa, dr.hamidah terpaksa menjalankan emergency c-sect dibantu dgn anaest perempuan, nurse perempuan tetapi seorg doc pelatih lelaki. 4 hari di wad, emergency c-sect, rm3.2k shj. berkali ganda murah dr yg kitorg expect.
alhamdulillah, semua selamat dgn tidak membebankan kami. insyaallah anna, jika kita mmg niat,berdoa dan bertawakal, allah akan sentiasa ada.
semoga semuanya selamat untuk anna, suami dan Imaan. ;)

-syai-
pyjama_ungu@yahoo.com

Anna Banana said...

aina: tulah sesetengah orang memang beruntung sebab memang ditakdirkan dapat bersalin dengan doc perempuan, nurses perempuan or bidan perempuan di hosp kerajaan.tapi itu masih depends on chance ataupun luck yang aku masih takuiiiitttt nak serahkan pada takdir, gittewww ;p alhamdulillah murah rezeki ko :D

Iela: betul iela, macam mana pun i feel safer kalau ke hospital kerajaan atau hospital yang besar sbb bank darah semua ada. FPP ptj scheme saya ada tanya aritu, turn off nya ialah bila receptionist kata " puan tak semestinya diuruskan Dr Hamidah kalau bersalin hujung minggu" . saya macam ehhhh jikalau begitu apakah motifku membayar 3K T____T pastu skrg dgr2 experience org kata FPP sgt popular sampai kdg2 wad penuh so kena kongsi bilik berdua so hubby cannot spend the night dgn kita. hehehehe so saya cabuuut la walaupun bayaran dia sgt berpatutan. and kes iela sama macam member saya tau, bernasib baik sgt sbb kebetulan waktu bersalin mmg ada doc perempuan. haihhh alangkah bestnya kalau gov hospital boleh request doc perempuan :)

syai: sejuk hati mendengar cerita syai. memang dr hamidah hotttttt sgt di FPP PTJ tu. berpuluh2 patient dia kan. hehe. memang betul syai kata, kalau niat kita betul, usaha dan tawakal, Allah sentiasa ada. rezeki si kenit ni ada je syai. kdg2 meremang roma mengingatkan jumlah yang masuk tu SAMA SEBIJIK dengan apa yang diperlukan, seolah2 mmg itu bahagian untuk si Imaan. sekurang-kurangnya saya tahu ada lagi ramai government servant yang bertukus lumus cari duit dlm cubaan to please Allah walaupun ada option hospital yang baik dan percuma :)

tqvm darlings ;)

Anonymous said...

Sorry sbb nak tau lebih lanjut, yg u kate saat masuk ke labour room tak boleh pki kain dan kene beranak beramai2 tu betul ker? Atau saya salah baca? Saya plan nak ke sane gak Nov ni, tp kalo betul mcm u kate tak jd lah

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette