Friday, July 27, 2012

Kisah Bersalin ;)

*pictures will be updated once cikyoiku sayang transfer gamba dari hempon dia ye. for now dia bz and tak sihat. shiannnnnn suami saya :D

Assalamualaikum :D 

awat habuk tebai sangat ni? mau dekat 2 bulan tak ada entry baru. blame cikyoi, dia tak transfer gamba dari ipong dia. apakah entry tanpa gambar? bak gulai tanpa ikan masin. ok sadap. masakan itu terlalu enak untuk orang yang BERPANTANG

ye darlings, saya dah selamat melahirkan pada 19 June yang lepas to a very healthy 3.2kg baby boy! 

alhamdulillah! 

ini untuk future reference sementara haku ingat. sakit tu gerenti aku ingatlaaa haha. ok sadap. 


18 June 2012 (Isnin) 

appointment dengan Prof Siti Zawiah jam 8.30 malam. ya. malam. so siang tu aku bertukus lumus siapkan kerja kat skolah sebab takut kena tahan wad sebab at that time aku sudah 38 minggu 4 hari. masa appointment tu lah kali pertama aku tahu estimated weight of the baby. ye...... Prof Siti bukanlah jenis suka benda yang bakal merisaukan patient. so what if anak 3.9 kg? ko tau ke tak ke ko mmg kena bersalin kan? cececeehhhhh teori sendiri ;p so estimated weight was 3.45kg plus minus 500g. ok gentar. then bermulalah VE. seb baik dah 'kemas' haha. kena kemas ye anak anak. ia adalah penting untuk hygiene terutama waktu menjahit nanti. so mmg the first VE sakit nak mamps sampai rasa nak sepak meja kat kaki tu. Prof pulak siap cakap yang dia bukakan jalan sikit sebab apparently baby dah mature dan everything dah ready for delivery cuma sign of contraction langsung nan hado. Prof siap kata "one of these days u will come back to see me, kalau tak khamis ni (21 June) terus ke ward" okkkk. terus mati selera makan malam. haha. balik makan megi je. punyalah nerbes. plus VE tadi left me feeling a bit uncomfortable. aku rasa bukan VE tu tapi Prof "bukakan jalan" as she said. 

19 June 2012 (selasa)

4 am i woke up feeling tightness and cramps all over the body. ok maybe braxton hicks tapi aku record juga timing thru this one apps di ipad. 20 mins apart and each cramps buat aku mengerekot macam udang. so kejut cikyoi. sembang atas katil. kekeke. takmo g hospital dan balik semula so bertenang sudeyhhh. sampaila masanya cikyoi kena g kerja. dia dah siap aku terhegeh nak masuk toilet. ok blood show. agak banyak. camne ni? aku takmo gi hospital lagi, sekolah dah tentu takmo pergi. haha memonteng sbb rasa tak sedap hati :p cikyoi kata dia g kerja pastu kalau apa2 kol dia. aku nak nangis dah. 

truthfully lepas bersalin sembang ngan cikyoi dia kata dia gelabah gila kot pagi tu sebab tak tau nak buat apa. so kena pi kerja la kot. haha. seb baik aku tak beranak kat rumah. tapi kami ubah plan sebab the risk is too high, tahan jelah embarassment kalau false labor pun, janji pi spital dulu. yang tak tahan nye aku dok tahan sakit contarction cikyoi dok buat kalut T______T "bee org tukar baju biasa ek?" okkkkkkkk "eh bee orang nak pakai baju kerjalah" sambil kelam kelibut tukat semula baju. waktu macam tu sayang, orang tak kisah kalau dia pakai apa pun as long u take me to the hospital quick!!! haiiii la lelaki bila panik. called Prof Siti and she asked us to go to the ward terus and inform her bila dah sampai. hilang selera makan. terus takmo makan cuma roti krim gardenia tu je and air milo kotak. 

sampai hospital pukul 8.30 am, cikyoi turunkan kat Menara Timur and dia gi cari parking. doklaaa aku memegang bag sambil tahan contraction. bila naik tingkat 10 iaitu Wad Lily under UMSC aku pun terus ke kaunter. "saya patient Prof Siti, dia minta saya datang sebab ada blood show" nurses mula uruskan aku. pi timbang 71.3kg, aikkkkk semalam 73kg. tukar uniform walaupun aku dok insist kata mebbe false labor. and they politely ushered me to the delivery suite yang nampak macam normal room aje. maka baringlah setelah tukar uniform. kami sengaja tak inform sesiapa sebab nak tunggu confirmation kata i'm in labor. so dokla tahan sakit sambil bersembang. at this stage the pain is bearable. 

at 10 am. i feel gush of fluid from down under. haiyoooo amniotic fluid ka? panggil nurse guna button tu. hoiiiiii aku suka button tu rasa nak bawak balik, tekan je ada nurse datang, tekan je ada nurse datang. haha. dia selak je terus muka dia berubah.. "bukan amniotic fluid ni, ini heavy blood show, mungkin awak bersalin petang atau malam ni. tapi kita tunggu Prof" ok.... this is it. aku in labor! anddddd tibalah masa mengosongkan bowel. yay. haha aku suka. 5 saat berderuuuu aku ke toilet. siap pesan kat cikyoi to get out of the way ;p tapiiii disebabkan miscommunication, Prof hanya boleh datang at 2 pm to check on me. aku tak kisah really sbb pain is still bearable, indicating yang labor is not that near. makan pun puas pujuk nurse. depa tak kasi sbb takut worst case scenario kan. last2 aku kol Prof dia kata oklah. hahahaha :p masuk Zohor aku dah berlingkar tiap kali contractions. 

pukul 2.30 ptg Prof datang buat VE. dia relaks lagi tapi sambil dok seluk sambil bincang ngan nurse nak pecah ketuban sekarang or later sebab dia ada surgery. uiiiii dok sakit ni uiiiiii hahaha. last2 depa kata biarlah aku dulu sbb bukaan stil..... 3cm. jewww???? pukul 5 petang sakit dah intensified. bergulung2 jugakla atas katil sbb serabut dengan mesin CTG. kalau pakai strap tu kena menelentang. amatla tak selesa. mengiring kurang sikit sakit. ni pun dok "gaduh" dengan nurse, dia dok suh aku telentang, aku dok otomatik mengiring. by this time dah 5 cm. haha membebel berhemah nurse itu ;p waktu ni father in law datang. which aku appreciate sangat cuma sbb tgh menahan sakit maka dudukla ayah sembang ngan cikyoi and aku dok sedut enthonox sambil kata "bee, tolong" tiap kali contraction datang. tolong apakah? tolong urut hujung tulang belakang tu sebab each contraction rasa macam nak terkoyak kat situ. dari 5 minit sekali ke selang 30 saat. hahaha kerasssss muscle cikyoi kena urutkan ;p berat sama dipikul ye daakkk? 

tapi tabikla cikyoi! un-sangkara-able betul. dia lagi tabah kot.

datang Prof Siti pukul 7 pm aku dah 7cm dilated, masuk je maghrib dah 8cm. ok sila imagine... "eh dah masuk maghrib, saya rasa lagi sejam ni. kita solat dulu lah" bila Prof kata camtu maka berduyunla masing2 amik giliran nak solat, huuuuu aku pulak dok berputar atas katil menahan sakit. siap dok pk... apsal la tak amik epidural? kenapalah tak opted for c-sect je? kenapalaaaa itu. kenapalaaaa ini. hihi sementara depa dok amik giliran solat aku dah rasa sensation nak berak tu. sambil mengiring (atas kebenaran Prof, yay finally i win ;p) aku dok meneran. it felt sooooo good to listen and follow what your body told you. sumpah syok teran. and my delivery suite ada tv tau... masa Prof masuk around 8.20 pm and siapkan alatan, tv dok tayang buletin utama. sempat lagi aku pk yang aku kat sini bertarung nyawa tapi orang lain relaks tengok berita di rumah. miahaha. katil transformed, kaki diangkat ke atas, tiba tiba Prof said gleefully "ehhh ayah mari sini tengok ni dah nampak rambut dah... come come" T___________T waktu tu aku tak teruja pun, pk nak cepat keluarkan anak je. haha. sambil depa dok siapkan alatan, Prof bagi green light, kalau nak teran, teran. so apa lagiiii. berkat ajaran Pakngah cara meneran, aku pun terannnnnnnn. siap kena puji pandai meneran T_______T 3 kali teran with cikyoi tak putus putus reminding how to teran maka lahirlah our first born :) 

"assalamualaikum!" kata Prof sambil meletakkan Imaan di atas perut. to be honest i felt relieved sebab tak sakit dah and lalok sikit sebab enthonox. cikyoi cium dahi and i felt like crying sebab i can see happiness in cikyoi's eyes. sementara guwe dijahit, Imaan diperiksa another specialist. he cried a bit, then senyap mata meliar. aku yang lalok sempat tanya... eh kenapa dia tak nangis? sudahhhhh, nangis sikit tadi dah cukup. oooo ok. 

watching cikyoi mengazankan Imaan was indescribable. itulah yang aku harapkan selama ini. melihat gembira seorang ayah dalam bayang mata suami :) 

what comes next aku tak sedia. soalan dari Prof Siti sambil dia keluarkan uri dan jahit the episiotomy... perghhh sempat sembang tu... memang tak sakit Prof Siti buat. Prof tanya "kamu berdua sahaja? mana your parents?" aku telan air liur, pandang cikyoi. inilah yang aku cuba elakkan, elak dari berharap arwah emak dan ayah ada waktu tu. cikyoi jawabkan and aku tambah sikit sikit. tiba tiba "haaaa ayah, mari sini, cuba tengok ni, cantikkan jahitan????" cikyoi pantas je pergi tengok and setuju. T_________T why so excited Prof? hahahaha saboooo jelah haku. 

so, itulah dia kisah kelahiran anak sulung kami. we survived this chapter together, alhamdulillah. the next chapter, breastfeeding would be more painful than the delivery chapter itself. wahhh drama gitu. nobody ever really honest about Berpantang dan Breastfeeding. or maybe aku je rasa pengalaman tu terlaluuuuuuu mencabar. ok, next chapter you will absolutely hear me whine big time on these two. hihihi.

aaahhhhhhh i miss blogging!

stay tuneeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

:D 

7 comments:

Nazirah Azeman said...

love to read this.i dulu pun same,bergulung2 dlm labor room,tp akhirnyer terpakse ke OT.hukuhkhukhuk

Puteri Satu said...

akak dapat rasakan kesakitan itu... feeewwww.... apapun tahniah akhirnya... syukur diberikan kesempatan melahirkan dan.. dan pada akak pengalaman melahirkan memang mencabar.. tapi pengalaman membesarkan anak sebenarnya lebih mencabar na... satu hari nanti ana akak fikir.. memang betul... cabaran mengandung dan melahirkan.. cuma 9 bulan 10 hari... tapi pengalaman membesarkan anak selama-lamanya selagi hayat di kandung badan.. so... be strong my dear for your loving son... selamat berpantang :)

NuRuL AiNA said...

eh aku lagi suka baca karangan tanpa gambar hahahah


nak jumpa Imaan tak terjumpa2 lagi sob sob... karang aku terjah je time berpuasa nih.


best kan beranak? hahahaha (mode: excited dalam nervous)

cop kenapa kena bukakan jalan ek? baru 39 minggu kan? ke takut baby besar? tang ni confuse sket..

Anna Banana said...

Nazirah: hihi bergulung gulung sangat kan terutama masa bukaan akhir akhir tu. nak nangis pun tak mampu sebab sakit sangat kan? ;D hihi

Puteri Satu: bergenang air mata saya baca komen akak.... memang sangat betul kak. sakit mengandung, sakit bersalin taklah sesakit mengasuh anak. sebulan seminggu sehari umurnya pun mencabar sungguh bagi saya. insyaAllah kak kerana ingatkan saya utk jadi kuat demi anak.

Aina: bila fikir fikir balik... eh macam seronok gak ek beranak. hahaha haaaaaa sudahhhhhhh!!!! :p aku pun tak pasti apsal, teori sendiri mebbe sbb semua dah matang and nak kurangkan risk baby sbb selagi tak dilahirkan selagi tu risk tinggi. eh ntah. haha sukati je

eyzzah said...

Anna, boleh tak nak tau ape nama app kat ipad yg pasal contraction tu?

Babe said...

Anna!!! hensemnya baby kamu!!!! congrats tau!!! bila la dapat jumpa hero ni :D

Anonymous said...

Salam n hai,tahniah ye,saya suka baca blog awak,boley saya tau x kos bersalin di umsc...thanks :-)

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette