Thursday, August 7, 2014

Kelahiran Rahil Imani. Our First Daughter ;) 20072014

setiap anak lahir dengan rezeki yang telah ditentukan. itu aku percaya sepenuh hati. buktinya dengan kelahiran Rahil.

sepanjang mengandungkan Rahil, pelbagai dugaan silih berganti. bleeding at 5th week kerana Imaan Rais terduduk atas perut ibu yang leka. doktor kata kita tak boleh buat apa apa. kalau ada rezeki... adalah. i cried and prayed. minggu ke 20 ibu mula rasa kuat, ibu carry abang Imaan for more than 2 hours to Doraemon expo. memang selesa tak sakit langsung. ibu rinduuuuuu sgt nak bonding semula dengan abang imaan sebab with u rahil, ibu tak lalu makan n lemah for 5 months lol. esoknya bleeding dan doktor kata placenta previa and gave me 2 weeks of bedrest. i cried and prayed. the on off bleeding stop when i was about 31 weeks. threatened miscarriage katanya. starting from week 32 pula whenever ibu kerja kuat or stressed ibu will see fresh blood but the term now changed to threatened preterm labour. doktor kata nak letak ibu di hospital for bedrest tapi ibu tak sanggup berpisah dengan ayah dan abang imaan so ibu teruskan kerja, mc bila ada bleeding and ibu agak popular di office lol kerana banyak sgt mc. infamous ;) tapi ibu redha kerana ibu yakin Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Adil. so i took 2 weeks of early maternity leave. ibu mahu fokus pada kita sekeluarga. tepat 38 minggu.

36 minggu doktor sahkan awak a sunny side up baby! an OP baby. awak dah engaged and wont budge no matter what ibu did. ibu baca dan baca dan baca untuk tahu dan faham segalanya. sekali lagi ibu redha Rahil :) ibu doakan segalanya berjalan lancar dan kita berempat dapat bersatu sebagai keluarga.

waiting for u to make the grand entree was a new experience for me. with abang imaan  i was sort of induced by sweep and stretch and that was done without my consent tapi takpala, benda dah berlalu dan dijadikan pengajaran ;) with u ibu cuba relaks dan enjoying the time bonding with abang imaan and ayah. preparing for your arrival. makan sushi salmon aburi sebanyakkkkkk mungkin. induced you naturally.

on 19th july morning, finally.... the show. the mucous plug! yay. im gonna see u soon sayang :) ibu happy sgt tp surges was irregular and barely there so ibu ayah teruskan plan bawak abang imaan main jump jump. ibu berjalan jalan, tapau salmon aburi lagi, jumpa liza to pick up stork wrap conversion and balik rumah tidoooooo. it was a nice outing ;)

bila malam menjelang surges makin terasa so ibu download apps to count the contractions. 20 mins apart and bearable. so ibu bounce bounce on the gymball. tapi ibu perasan the timing in between surges makin singkat dan intensity of pain makin kuat. eh betulke nak bersalin ni? ibu senyap layan surges, sementara ayah layan abang imaan yang terlebih happy dan hanya tido at 12 am. aiyoooooooh haha

at 1 am ibu dah mula tak senang duduk. ayah ajak ke hospital, ibu kata esok pagilah kita pergi, nak rehat tido di rumah dulu. ibu moaned and tertonggek tonggek with each surges. ayah mula tak senang duduk. mula tanya yang bukan bukan. "pam dah simpan dalam beg spital?", "betul ke kita tak payah bawak susu apa apa just in case?" semuanya ibu balas dengan jelingan. hahahaha kesian ayah.... ayah tak pedulikan ibu, ayah packed barang masuk dalam kereta. finally ibu mengalah dengan curiosity "jomlah kita pi hospital". itu pukul 1.30 pagi 20 julai. baru beberapa kilometer keluar, ibu perasan ibu tertinggal purse, patahhhh balik. the car ride memang tak selesa. every bump no matter how slow sgt mendugaaaa.

sampai hospital at 2.30 tak tahu parking mana. parking di basement. tengok tengok lift tangga semua tutup. waaaaaaaaa. so we walked jauhhhhh untuk ke emergency. dugaan.... sampai sampai kena daftar and all. depa nak suruh ibu naik wheelchair. oh nononono bebeh. duduk lagi sakit. so i walked and sempat joked. sebab tulah ibu tak percaya i was going to meet u in an hour or so! sampai di labour ward tengok jam pukul 3.30 am.

bila di situ ibu was literally shaking with the surges. abang imaan masih tido dalam carrier baru. cewahhhh kena mention ni. tapi the midwife deliver the bad news, yes she can check but kena jugak tahan wad sampai gynea sampai walau its a braxton hicks and we would still have to pay for labour room sebab ini dikira caj 1 malam. ibu yang tgh sakit rasa tertipu sebab takde sesiapa cakap pasal cost and kena tahan lama lama. so ibu kata takpelah ibu nak tunggu luar sampai pagi. itu cakap org yang tgh disoriented je. we were actually berbincang di depan wad, belum keluar pun. tapi dalam hening pagi kami can clearly hear the midwife, nurses and an attendant were talking benda yang tak manis pasal kami :( something about being cikgu and tak boleh orang lain nak tegur. cikyoi terus menuju laju ke kaunter and soal balik apa yang depa kata,mak hencik tgh in between surges and boleh join sekali sebab kecewa sangat rasa. we heard every single thing kot.

so the midwife come to get us back and gave an alternative, she will check and if its a false alarm, she will call my gynea and i can go. okla, cakap la awai awai. cikyoi pun pujuk. so tukarlah ibu pakai gown spital. midwife did the VE and guess what... 8 cm dilated yooo. patutla menggigil waktu surges, nak masuk transitional period pun.

since imaan kecik, ayah yang tengah carry imaan tak boleh masuk labour room. policy hospital :( takpelah... imaan lagi perlukan ayah. ibu dan rahil can do this ;) by this time dah hampir pukul 5 am. midwife and nurses mintak izin nak sahur n solat and if anything just call them. ibu pun ambil kesempatan keluar jumpa ayah dan imaan yang tengah segar bugar. ibu tahu ibu akan bersalin seorang tapi clueless ayah tak tahu hehe. ibu salam ayah, salam n sayang imaan and minta ayah bawak imaan tido dalam kereta. ayah setuju thinking kesiankan imaan and doktor belum datang lagi so no need to panic. lol.

bila azan subuh berkumandang. ibu mula rasa pushing sensation. tailbone ibu rasa nak pecah dan yeppp ibu tgh mengiring, bersolat subuh dalam melayan surges. selesai solat ibu tertido in between surges sebab ibu terlalu penat dan perlu tenaga. pukul 6, sensasi itu makin kuat dan ibu panggil midwife untuk check dan ibu dengar dia kata kepala baby dah keluar dan tanya samada ibu nak tahan tunggu doktor? tak boleh tahan nurse, tak apalah, tak mahu tunggu doktor. the pain on the tailbone was very bad if not excrutiating, later ibu learnt that disc of my backbone slipped kerana proses kelahiran. hehe rezeki kita Rahil :) ibu tak sempat mencangkung kerana terlalu sakit di tulang belakang, in supine lithotomy ibu lahirkan awak jam 6.47 am :) this time i can feel all of you moving out from me. all the nooks and crooks. tp ibu tak rasa bila air ketuban pecah. you were so clean dan keluar dalam keadaan menangis bersungguh sungguh tak makan pujuk. lol anak perempuan ibu! waited for your umbilical cord to stop pulsating before they cut the cord and they pulled the placenta out so gently. awak terus yakyak the meconium bila ibu ambil awak. hadiah untuk ibu ya?

ibu berterima kasih kerana selepas salah faham antara kami, midwife n nurses membuat segalanya dengan baik dan lembut dan menghormati birthplan ibu. moga Allah merahmati mereka :)

ibu telefon ayah. ayah terkejut! cepat cepat ayah bawa imaan untuk jumpa ibu dan dedeknya. ayah nampak sangat happy Rahil, cuma ibu nampak ayah bergenang air mata bila kata " kesian ibu sorang sorang..." its ok ayah... ibu dengan adik Rahil :) lagipun abang imaan perlukan ayah lebih dari ibu. abang imaan pula cannot stop "shayyang adik rahil" up until now. bertahanla rimas ya Rahil. hihihi.

5 minutes later doktor sampai, sambung jahit the first degree of tear and tadaaaa baru tahu kenapa sakit n selalu bleeding dulu. darah beku. penyebabnya tak tahu pula. doktor seluk dan keluarkan. ouchhh. and jahit dengan bius. bersalin takde bius mak rela, berjahit takde bius mak chicken. haha.

hampir sejam ibu ayah dan abang imaan ulit awak rahil dalam keadaan penuh vernix. you were so busy complaining you forgot to latch lol. then they took u for measurements. a 2.95kg with a 50cm of length. kenit tapi sama panjang macam abang imaan! slowly they prep us to the ward and wheeled us up to 6th floor. four bedded kerana ramai yg opted for csect telah occupy the single and double bedded room. takpela, rezeki ya Rahil ;)

dan bermulalah kisah kita Rahil Imani... bersama ayah dan abang Imaan Rais. walau tidak sempurna dan tidak seperti yang ibu rancangkan tetapi ibu puas kerana ibu sedar dan faham setiap apa yang berlaku di sekeliling ibu. kuasa ilmu Rahil, itu permulaan awak, ilmu. semoga ilmu juga yang akan menemanimu berbekalkan keimanan kepada Allah sepanjang hayatmu anak perempuan ibu :)

06082014

2 comments:

 

© Copyright Of Being Beautiful - Designed by Krafty Palette